mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Anjakan pemikiran mahasiswa melalui e-voting pemilihan majlis perwakilan pelajar

Shariffuddin, Mohd Dino Khairri and Ahmad Apandi, Laila Suriya and Wallang, Muslimin and Nayan, Faezah (2019) Anjakan pemikiran mahasiswa melalui e-voting pemilihan majlis perwakilan pelajar. In: Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2019, 23-24 Julai 2019, Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi UNIVERSITI UTARA MALAYSIA.

[thumbnail of SMTC 2019 145 153.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (845kB) | Request a copy

Abstract

Samaada Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dimansuhkan, diberikan nafas baru atau terus diperdebatkan oleh pelbagai lapisan masyarakat, penulis tetap yakin bahawa barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) akan terus wujud dan memainkan pelbagai fungsi dalam membantu pihak Universiti khususnya. Pada ketika ini, MPP yang dipilih dan dilantik saban tahun setelah dibubarkan dalam tempoh setahun akan melalui proses yang dinama Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (PMPP). Apa yang menarik disini adalah penulis mendapati bahawa pada setiap keputusan PMPP di semua Universiti Awam (UA) ianya bukan sekadar dinantikan oleh calon-calon yang bertanding dan barisan penyokong calon yang bertanding, namun secara realitinya PMPP tersebut juga diperhatikan oleh pemberita, pihak pengurusan Universiti, pihak Kementerian Pendidikan dan pihak parti-parti politik memandangkan keputusan PMPP seringkali dikait dengan isu-isu nasional. Melalui kempen PMPP, manifesto calon akan dibentuk, kumpulan cyber-trooper pula bertindak sebagai pemerhati di laman sosial, sehinggalah pada hari pengucapan awam atau tempoh berkempen seringkali menjadikan suasana PMPP menjadi semakin rancak. Namun demikian tidak banyak pihak yang membincangkan mengenai proses pembuangan dan pemilihan undi tersebut sama ada ianya dijalankan secara manual atau melalui kaedah e-voting. Ini kerana setelah keputusan diumumkan, calon yang memenangi kerusi yang dipertandingkan akan bersorak kegembiraan, dan berpeluang membentuk barisan MPP. Manakala bagi individu dan kumpulan yang gagal memenangi suara majoriti akan tetap menjadi pemerhati kepada individu dan kumpulan yang telah menang.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: e-ISBN 978-967-16435-5-6 Anjuran: Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
Uncontrolled Keywords: PMPP, MPP, e-voting
Subjects: T Technology > T Technology (General)
Divisions: School of Technology Management & Logistics
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 14 Jan 2020 07:04
Last Modified: 14 Jan 2020 07:04
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/26732

Actions (login required)

View Item View Item