Ghazali, Norzaliza and Mahmor, Noor Aida (2019) Dakwah kreatif era baharu: penerapan nilai Islam melalui kompilasi komik Ana Muslim. In: Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2019, 23-24 Julai 2019, Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi UNIVERSITI UTARA MALAYSIA.
PDF
Restricted to Registered users only Download (912kB) | Request a copy |
Abstract
Kualiti sesebuah bahan bacaan perlu dalam mempengaruhi pembentukan minda generasi muda. Komik adalah antara media kegemaran remaja. Komik mempunyai kekuatannya yang tersendiri dan terkandung banyak nilai-nilai yang positif. Komik mampu berfungsi membentuk keperibadian dan keintelektualan menerusi dialog-dialog dan cerita yang dipaparkan. Setiap lakaran kartun bersama informasi yang disampaikan secara tidak langsung dapat mengajak semua lapisan pembaca terutamanya generasi muda menghayati ilmu dakwah dan membentuk keperibadian Islam yang sebenar. Justeru, makalah ini ditulis dengan tujuan mengenal pasti metod dakwah yang digunakan dalam menerapkan nilai-nilai Islam dalam kompilasi komik Islamik Ana Muslim. Kajian dilakukan dengan membuat analisis kandungan ke atas komik tersebut. Kajian memfokuskan pada bentuk bahasa, nilai gaya dan amalan hidup yang terdapat dalam komik. Analisis juga bertumpu pada dialog yang digunakan, bahasa dan pemilihan kata, watak, lakaran imej yang dipaparkan. Kajian ini mendapati terdapat banyak nilai-nilai Islam yang diterapkan dalam komik tersebut melalui pendekatan dakwah secara berhikmah, dengan menggunakan nasihat yang baik dan melalui perbahasan yang sopan.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Additional Information: | e-ISBN 978-967-16435-5-6 Anjuran: Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi UNIVERSITI UTARA MALAYSIA |
Uncontrolled Keywords: | Komik Islamik, dakwah, kreatif, nilai-nilai Islam |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc |
Divisions: | School of Multimedia Technology & Communication |
Depositing User: | Mrs. Norazmilah Yaakub |
Date Deposited: | 14 Jan 2020 07:05 |
Last Modified: | 14 Jan 2020 07:05 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/26733 |
Actions (login required)
View Item |