mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pembelajaran dalam kursus induksi industri pembinaan Malaysia: sejauh manakah medium pembelajaran sediada berkesan terhadap pekerja asing?

Salleh, Nurul Azita (2019) Pembelajaran dalam kursus induksi industri pembinaan Malaysia: sejauh manakah medium pembelajaran sediada berkesan terhadap pekerja asing? In: Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2019, 23-24 Julai 2019, Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi UNIVERSITI UTARA MALAYSIA.

[thumbnail of SMTC 2019 163 171.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (976kB) | Request a copy

Abstract

Pembelajaran merupakan proses dalaman bagi menghasilkan suatu perubahan tingkah laku yang agak kekal bagi pemerolehan pengetahuan. Dalam industri pembinaan, pembelajaran di kalangan setiap pekerja terutamanya pekerja asing dilaksanakan melalui Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan (KIKK) iaitu bertujuan bagi menjamin keselamatan diri ketika bekerja di tapak bina. Kursus ini dilihat mempunyai ciri-ciri pembelajaran bukan formal dan pembelajaran dewasa dengan sokongan medium pembelajaran atau penyampaian maklumat. Justeru, kertas ini akan membincangkan mengenai sejauh mana keberkesanan penggunaan kaedah pembelajaran menggunakan medium pembelajaran sedia ada terhadap pekerja asing di dalam kursus. Pelaksanaan kajian ini dilakukan secara kaedah kuantitatif dengan pemilihan sampel secara pensampelan mudah. Hasil kajian mendapati tahap keberkesanan medium pembelajaran sedia ada yang digunakan tidak membantu pekerja asing dalam mengetahui serta memahami mengenai kesan tidak menggunakan kelengkapan pelindung diri. Namun begitu, hanya pelindung kepala, pelindung kaki dan pelindung tangan sahaja menunjukkan tahap kebolehbantuan yang lebih tinggi berbanding dengan kelengkapan pelindung diri yang lain.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: e-ISBN 978-967-16435-5-6 Anjuran: Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
Uncontrolled Keywords: Pembelajaran, medium pembelajaran, pekerja asing, kursus induksi, industri pembinaan.
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions: School of Multimedia Technology & Communication
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 14 Jan 2020 07:06
Last Modified: 14 Jan 2020 07:06
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/26734

Actions (login required)

View Item View Item