mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pengukuhan model sistem media terhadap filem dalam talian yang mengancam keselamatan negara

Abdullah, Noor Aziah and Mustaffa, Che Su and Mijan, Rohana and Che Aziz, Aselawati (2019) Pengukuhan model sistem media terhadap filem dalam talian yang mengancam keselamatan negara. In: Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2019 _, 23-24 Julai 2019, Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi UNIVERSITI UTARA MALAYSIA.

[thumbnail of SMTC 2019 198 205.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (843kB) | Request a copy

Abstract

Perkembangan teknologi turut membawa bersama unsur positif dan negatif dalam arus teknologi maklumat yang boleh diakses melalui dalam talian. Tidak terkecuali filem tempatan dan antarabangsa yang menyajikan pelbagai genre dan maklumat turut boleh diakses melalui dalam talian. Antara yang membimbangkan adalah kebanjiran filem dalam talian yang bersifat jelik dan mengancam keselamatan Negara. Pendedahan yang berleluasa di samping kelemahan dasar penguatkuasaan terhadap fenomena filem dalam talian yang bersifat negatif ini mampu mengugat lagi suasana negatif terhadap negara sekiranya tidak ditangani dengan betul. Lantaran itu, penelitian sebegini wajar dijalankan antara lain bagi tujuan untuk mengenal pasti kewujudan fenomena filem dalam talian bersifat jelik dan mengancam keselamatan negara, mengesan dasar penguatkuasaan dalam pembanterasan filem dalam talian bersifat jelik, Mengkonstruksi model sistem media McQuail berdasarkan fenomena filem dalam talian yang bersifat jelik dan mengancam keselamatan negara, membentuk garis panduan dalam pengertian klasifikasi filem dalam talian bersifat jelik dan mengancam keselamatan negara dan mengesyorkan saranan pemantapan penguatkuasaan. Bagi mencapai tujuan kajian yang digariskan, kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah temu bual mendalam bersama pembuat dasar, pengiat seni, khalayak dan analisis dokumen berkaitan akta, dasar, dan perbandingan kajian sistem media. Hasil kajian dapat membentuk garis panduan pengertian klasifikasi filem dalam talian yang bersifat jelik, memperkukuhkan teori media dengan elemen semasa dan memberi input kepada masyarakat berhubung penapisan kendiri filem dalam talian. Kajian ini juga dapat menyumbang kepada pembentukkan model dalam talian yang selamat untuk ditonton oleh masyarakat di samping saranan berkaitan dengan penguatkuasaan undang-undang dalam konteks pengurusan media baharu.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: e-ISBN 978-967-16435-5-6 Anjuran: Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
Uncontrolled Keywords: Filem Dalam Talian, Bersifat Jelik, Mengancam Keselamatan Negara
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD61 Risk Management
Divisions: School of Multimedia Technology & Communication
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 19 Jan 2020 03:30
Last Modified: 19 Jan 2020 03:30
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/26740

Actions (login required)

View Item View Item