mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Transformasi sumber manusia dalam sektor awam

Abdul Manaf, Halimah and Abdul Mutalib, Rozita (2019) Transformasi sumber manusia dalam sektor awam. UUM Press, Sintok. ISBN 978-967-2363-08-8

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Perubahan persekitaran pekerjaan pada peringkat global dan tempatan telah membawa perubahan kepada tingkah laku dan pemikiran pekerja. Keadaan ini memerlukan transformasi pengurusan sumber manusia agar potensi dan bakat yang dimiliki oleh pekerja dapat dimaksimumkan bagi memberikan perkhidmatan yang bernilai tinggi kepada masyarakat. Bakat dan potensi pekerja dapat dimaksimumkan dengan kemudahan teknologi dan Internet yang telah mengubah cara pemikiran dan interaksi antara pekerja sesama pekerja, pelanggan dan pihak berkepentingan yang lain.Berasaskan kepada sumber manusia sebagai aset penting organisasi, buku ini membincangkan peringkat transformasi yang berlaku dalam organisasi dengan memberi pendedahan pada peringkat awal dari segi konsep, perkembangan dan pengaruh persekitaran kerja yang dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pekerja. Transformasi ini diikuti oleh peringkat pertengahan berkaitan dengan fungsi, pendekatan, proses dan teknik dalam mengurus sumber manusia berserta rujukan kes semasa yang bersesuaian. Peringkat akhir transformasi ini membincangkan strategik pengurusan sumber manusia yang boleh dilakukan oleh pembuat dasar dalam merangka program yang bersesuaian untuk kesejahteraan pekerja. Strategi yang relevan dengan keperluan pekerja perlu diberi perhatian bagi memastikan pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki oleh pekerja diberi penghargaan dan dikongsi dengan pekerja yang lain, terutama pengetahuan tasit.

Item Type: Book
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions: School of Government
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 19 Jan 2020 02:46
Last Modified: 19 Jan 2020 02:46
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/26744

Actions (login required)

View Item View Item