mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Sistem tadbir urus hospital pengajar universiti di Malaysia

Ahmad, Abdul Halim and Sakdan, Mohd Fo'ad and Khalid, Mohamad Sukeri and Majid, Abdul Halim and Abdullah, Siti Alida John and Mohammed, Ahmad Martadha (2010) Sistem tadbir urus hospital pengajar universiti di Malaysia. In: International Seminar Economic Regional Development, Law and Governance in Malaysia and Indonesia, 7-9 June 2010, Universitas Islam Riau Indonesia. Universitas Islam Riau Indonesia, Pekan Baru, Riau, pp. 1-13. ISBN 9789832078425

[thumbnail of ABDUL_HALIM.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (81kB)

Abstract

Hospital pengajar universiti merupakan institusi yang penting dalam mempertingkatkan keupayaan penyelidikan perubatan dan kesihatan di negara ini. Ia juga memainkan peranan yang penting sebagai hospital pengajar utama dalam menyampaikan ilmu, pengalaman dan persekitaran pendidikan yang kondusif dan berintegrasi. Hospital pengajar universiti mempunyai tiga (3) fungsi utama iaitu sebagai pusat pendidikan bagi bakal doktor dan doktor pakar, menjalankan penyelidikan di dalam bidang perubatan dan sains kesihatan serta memberikan perkhidmatan perubatan dan kesihatan kepada orang-orang awam. Kajian mengenai hospital pengajar ini menggunakan kaedah temu bual secara kumpulan fokus dan individu. Kajian ini dijalankan di tiga (3)hospital pengajar universiti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi iaitu Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan Hospital Universiti Sains Malaysia(HUSM). Antara lain skop kajian ini adalah meneliti struktur,pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan dan pengurusan projek. Kajian ini juga menemukan beberapa kelemahan terhadap model tadbir urus yang diamalkan dan ia memerlukan kepada usaha penambahbaikan sistem tadbir urus mengenai struktur organisasi, pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan dan pengurusan projek pembangunan dalam memastikan Malaysia akan menjadi hub perubatan tersohor di Asia Tenggara.

Item Type: Book Section
Additional Information: Jointly organised by Universiti Utara Malaysia and Universitas Islam Riau Indonesia
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
R Medicine > R Medicine (General)
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 03 May 2011 01:10
Last Modified: 03 May 2011 01:10
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/2677

Actions (login required)

View Item View Item