UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Nilai-nilai kesepaduan sosial dalam hubungan etnik: Analisa ucapan enam Perdana Menteri Malaysia


Abdul Aziz, Abdul Rahman (2010) Nilai-nilai kesepaduan sosial dalam hubungan etnik: Analisa ucapan enam Perdana Menteri Malaysia. In: International Seminar, Economic Regional Development, Law and Governance in Malaysia and Indonesia, 7-9 June 2010, Universitas Islam Riau Indonesia. Universitas Islam Riau Indonesia , Pekan Baru, Riau, pp. 1-16. ISBN 9789832078425

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (111kB)

Abstract

Kertas ini mencuba untuk mencungkil nilai-nilai kesepaduan sosial yang disarankan oleh enam Perdana Menteri. Nilai-nilai kesepaduan sosial yang disarankan berbentuk rentas etnik untuk dapat mewujudkan ikatan silang budaya. Enam Perdana Menteri menitikberatkan persoalan hubungan etnik, kerana ia berangkai dengan institusi sosial yang lain - politik, ekonomi, agama, pendidikan dan keluarga. Andaikata, hubungan etnik tidak dijadikan agenda teratas, maka seluruh hasrat pembangunan yang dirancang tidak mencapai matlamat kemakmuran dan kesejahteraan. Justeru, Perdana Menteri dalam setiap ucapan penting mengungkapkan nilai-nilai yang boleh mengukuhkan ikatan hubungan etnik. Sejumlah 23 ucapan dari Perdana Menteri pertama hingga keenam diteliti untuk mendapatkan nilai-nilai yang diungkapkan. Nilai adalah penentu kepada sikap dan tingkahlaku. Oleh itu, nilai adalah teras yang boleh mencorakkan tindakan individu dan kumpulan. Pada akhirnya, adalah dijangkakan “take away values” inilah yang perlu disemaikan pada jiwa bangsa. Justeru, mengetahui nilai-nilai yang pernah disarankan, membolehkan rakyat memahami cara-cara untuk menambah baik hubungan etnik. Sehingga kini, Malaysia dianggap sebagai negara yang berjaya menguruskan masyarakat berbilang etnik atau “multiethnic”, yang di dalamnya terdapat kepelbagaian. Walaupun Malaysia terlepas dari konflik sepertimana negara lain, namun ia sebenarnya hanya berada pada “stable-tension”. Ini bermakna rakyat Malaysia belum benar-benar berada di luar lingkaran tercetusnya konflik etnik. Lantaran, peranan Perdana Menteri itu penting untuk mengimbangi kepentingan kumpulan-kumpulan etnik, tidak menguntungkan satu-satu etnik dan tidak juga merugikan etnik-etnik yang lain. Di Malaysia, semua etnik tidak mendapat apa yang mereka hajati, justeru, semuanya dalam keadaan tidak sepenuhnya puashati.

Item Type: Book Section
Additional Information: Jointly organised by Universiti Utara Malaysia and Universitas Islam Riau Indonesia
Subjects: H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Prof. Dr. Abdul Rahman Abdul Aziz
Date Deposited: 03 May 2011 01:32
Last Modified: 03 May 2011 01:32
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/2680

Actions (login required)

View Item View Item