mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Manisnya komunikasi bersulam taqwa

Kamaruddin, Azlina (2017) Manisnya komunikasi bersulam taqwa. UUM Press, Sintok. ISBN 978-967-2363-10-1

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Buku Manisnya Komunikasi Bersulam Takwa ini dipersembahkan secara santai berdasarkan pengalaman dan pembacaan penulis. Bermula dengan penjelasan konsep penting komunikasi, diikuti dengan kisah yang berhubung dengan komunikasi dalam masyarakat, dan seterusnya dilengkapkan dengan idea-idea berkaitan dengan perspektif Islam.Buku ini dapat membantu pembaca untuk mendapat satu kupasan maklumat tentang bidang komunikasi. Buku ini turut dibekalkan dengan fakta-fakta ilmiah berdasarkan kajian, ia berupaya memberi keyakinan kepada pembaca berhubung intipati yang hendak disampaikan. Bahasa yang digunakan mudah difahami dan menggunakan kosa kata yang boleh difahami oleh semua peringkat pembaca. Dengan contoh-contoh serta pengalaman hidup yang dikemukakan menerusi buku ini, ia membantu pembaca agar memahami idea-idea yang hendak disampaikan. Buku ini sesuai untuk pelajar yang mengikuti bidang komunikasi, pendidikan, psikologi, kaunseling dan bidang yang berkaitan dengan sains sosial dan kemanusiaan. Selain itu, buku ini juga sesuai untuk bacaan umum kepada mereka yang berminat untuk memahami komunikasi antara manusia.

Item Type: Book
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: School of Multimedia Technology & Communication
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 01 Mar 2020 01:30
Last Modified: 01 Mar 2020 01:30
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/26866

Actions (login required)

View Item View Item