mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Tahap kepuasan pelanggan terhadap kualiti perkhidmatan di Ar-Rahnu Kelantan

Othman, Azizah and Hashim, Norashidah and Abdullah, Syahrina (2010) Tahap kepuasan pelanggan terhadap kualiti perkhidmatan di Ar-Rahnu Kelantan. In: International Seminar, Economic Regional Development, Law and Governance in Malaysia and Indonesia, 7-9 June 2010, Universitas Islam Riau Indonesia. Universitas Islam Riau Indonesia, Pekan Baru, Riau, pp. 1-12. ISBN 9789832078425

[thumbnail of AZIZAH.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (580kB)

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap kepuasan pelanggan dan kualiti perkhidmatan pajak gadai Islam, Ar-Rahnu di negeri Kelantan. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti bentuk hubungan di antara kedua-dua pembolehubah tersebut. Seramai 300 orang responden telah dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan mudah atau persampelan kuota. Kaedah yang digunakan untuk mengumpulkan maklumat ialah pengedaran borang soal selidik. Maklumat yang diperolehi telah dianalisis secara statistik deskriptif dan inferential. Analisis deskriptif menunjukkan bahawa majoriti responden adalah wanita, berumur antara 30 hingga 39 tahun dan berkahwin. Majoriti responden mendapat pendidikan sehingga sekolah menengah, namun begitu lebih kurang 38% responden menerima pendidikan sehingga ke peringkat diploma dan ijazah. Kumpulan responden paling ramai ialah golongan peniaga dan berpendapatan kurang daripada RM1000.00. Faktor utama yang mendorong responden mendapatkan khidmat Ar-Rahnu ialah kerana ingin menyelesaikan masalah yang tidak diduga. Kajian juga mendapati kualiti perkhidmatan di Ar-Rahnu Kelantan lebih baik berbanding dengan Ar-Rahnu Bank Rakyat. Manakala tahap kepuasan pula tidak menunjukkan sebarang perbezaan yang signifikan antara kedua-dua lokasi kajian tersebut. Hasil kajian ini mungkin menunjukkan perbezaan kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh organisasi Ar-Rahnu yang berlainan tetapi penubuhannya dan pelaksanaannya dalam masyarakat banyak membantu terutamanya ketika masa kecemasan yang memerlukan wang tunai segera. Diharapkan lebih banyak lagi kajian dilakukan ke atas kedai Ar-Rahnu tetapi dari aspek yang lain pula.

Item Type: Book Section
Additional Information: Jointly organised by Universiti Utara Malaysia and Universitas Islam Riau Indonesia
Subjects: H Social Sciences > HG Finance
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 03 May 2011 02:41
Last Modified: 03 May 2011 02:41
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/2690

Actions (login required)

View Item View Item