mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Dilema status negeri maju: Perbandingan antara negeri di Wilayah Utara

Md Yusof, Azizah and Fadzil, Faizal Ijlam and Fadzim, Wan Roshidah (2010) Dilema status negeri maju: Perbandingan antara negeri di Wilayah Utara. In: International Seminar, Economic Regional Development, Law and Governance in Malaysia and Indonesia, 7-9 June 2010, Universitas Islam Riau Indonesia. Universitas Islam Riau Indonesia, Pekan Baru, Riau, pp. 1-13. ISBN 9789832078425

[thumbnail of AZIZAH_1.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (219kB)

Abstract

Malaysia dengan Wawasan 2020 nya telah mensasarkan tahun 2020 sebagai tahun untuk menjadi sebuah negara maju berasaskan perindustrian. Seiring dengan hasrat ini, setiap negeri di dalam Malaysia perlu terlebih dahulu mencapai status negeri maju. Negeri-negeri di Wilayah Utara Semenanjung Malaysia iaitu Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak masing-masing telah menetapkan sasaran untuk mencapai status negeri maju sebelum menjelangnya tahun 2020. Justeru, setiap negeri di dalam wilayah tersebut sewajarnya mempunyai pergantungan ekonominya sendiri yang kukuh dan mampu untuk meningkatkan taraf hidup penduduknya secara keseluruhan dan perkapita. Walaupun berada di dalam wilayah yang sama, namun tahap pencapaian kemajuan dan pertumbuhan ekonomi mengikut negeri menunjukkan perbezaan yang sangat ketara. Pulau Pinang contohnya telah agak jauh ke hadapan jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain . Keadaan ini boleh dikaitkan dengan sejarah dan latar belakang negeri berkenaan dan juga kebergantungan ekonomi mereka. Persoalannya sekarang, mengapakah terdapatnya perbezaan yang ketara di dalam kemajuan ekonomi setiap negeri di wilayah utara. Kajian ini hanya memfokus kepada dua buah negeri sahaja iaitu Kedah dan Pulau Pinang dan cuba mengupas matlamat dan hala tuju kedua-dua negeri ini dalam mencapai matlamat negeri maju; membandingkan pencapaian dan kedudukan setiap negeri dari segi petunjuk makroekonomi; mencari punca mengapa terdapatnya perbezaan di dalam tahap kemajuan ekonomi mereka serta mengenalpasti antara sebab mengapa wujudnya jurang ekonomi yang luas bagi kedua-dua buah negeri ini meskipun jelas kedua-duanya mempunyai hala tuju pembangunan yang hampir serupa. Keadaan ini secara tidak langsung telah meletakkan kedah dalam dilema; mampukah ia mencapai status negeri maju pada masa yang ditetapkan?

Item Type: Book Section
Additional Information: Jointly organised by Universiti Utara Malaysia and Universitas Islam Riau Indonesia
Uncontrolled Keywords: status negeri maju, negeri-negeri Wilayah Utara
Subjects: H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 03 May 2011 02:49
Last Modified: 03 May 2011 02:49
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/2691

Actions (login required)

View Item View Item