UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Ekonomi Islam dan pembangunan ekonomi Kelantan


Md Yusof, Azizah and Anuar, Abdul Rahim (2010) Ekonomi Islam dan pembangunan ekonomi Kelantan. In: International Seminar, Economic Regional Development, Law and Governance in Malaysia and Indonesia, 7-9 June 2010, Universitas Islam Riau Indonesia. Universitas Islam Riau Indonesia, Pekan Baru, Riau, pp. 1-17. ISBN 9789832078425

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (162kB)

Abstract

Kelantan merupakan sebuah negeri yang sedang membangun dari segi ekonomi, yang terletak di pantai timur Semenanjung Malaysia. Dengan bilangan penduduk melebihi 2 juta orang Kelantan sering dikatakan sebagai negeri mundur dan agak ketinggalan dari segi pembangunan ekonomi. Masalah kemiskinan penduduk, keciciran dari segi pelajaran, masalah bekalan air, masalah penganggguran dan pelbagai masalah sosial yang lain juga turut dikatakan sedang hangat melanda negeri Kelantan. Seperti negeri-negeri lain di Malaysia, Kelantan turut diperintah sendiri oleh kerajaan negeri di mana modus operandi dan cara pemerintahan agak berlainan dengan negeri-negeri lain. Ekonomi Kelantan agak unik kerana di bangunkan berlandaskan kepada perundangan Islam sejak dua dekad yang lalu. Dalam ertikata lain ekonomi Kelantan adalah berasaskan kepada ekonomi Islam. Ekonomi Islam adalah ekonomi yang berlandaskan kepada perundangan Islam. Ia merujuk kepada aplikasi perundangan Islam terhadap aktiviti ekonomi. Sama ada undang-undang dan peraturan Islam digunapakai atau pun tidak ia boleh dilihat dalam konteks perbelanjaan, simpanan, pelaburan dan aktiviti-aktiviti yang lain. Kerajaan Negeri Kelantan dalam Belanjawan Negeri pada tahun 1991, telah membentangkan hasratnya untuk membawa negeri Kelantan dan rakyatnya ke satu tahap pembangunan ekonomi dan pembangunan manusia yang seimbang. Sehubungan itu, Kelantan melaksanakan pembangunan negeri berasaskan Islam menerusi Dasar Membangun Bersama Islam (DMBI). Selaras dengan itu, kertas kerja ini akan membentangkan peraturan dan perundangan islam yang dilaksanakan dalam pemerintahan negeri dan dalam perjalanan aktiviti ekonmi negeri selain cuba mengaitkan kesan perlaksanaan sistem ekonomi islam ini terhadap peningkatan hasil negeri Kelantan dan seterusnya melihat bagaimanakah perlaksanaan sistem ekonomi yang berlandaskan Islam telah berjaya membawa Kelantan ke tahap pembangunan ekonomi dan sosial yang seimbang serta memberangsangkan, berbanding sebelum perlaksanaannya. Untuk tujuan tersebut, Model Asher telah digunakan dengan bantuan data sekunder dan pendekatan statistik serta ekonometrik. Hasil kajian mendapati, perlaksanaan sistem ekonomi berasaskan Islam telah berjaya memberikan impak yang positif terhadap pembangunan dan pertumbuhan ekonomi Kelantan secara keseluruhan.

Item Type: Book Section
Additional Information: Jointly organised by Universiti Utara Malaysia and Universitas Islam Riau Indonesia
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 03 May 2011 02:52
Last Modified: 03 May 2011 02:52
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/2692

Actions (login required)

View Item View Item