UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Metodologi kajian impak: Kajian kes banjir


Sakdan, Mohd Fo'ad and Yusof, Rohana and Khalid, Mohamad Sukeri (2010) Metodologi kajian impak: Kajian kes banjir. In: International Seminar, Economic Regional Development, Law and Governance in Malaysia and Indonesia, 7-9 June 2010, Universitas Islam Riau Indonesia. Universitas Islam Riau Indonesia, Pekan Baru, Riau, pp. 1-12. ISBN 9789832078425

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (132kB)

Abstract

Bencana alam yang berlaku sama ada secara semulajadi atau akibat perbuatan manusia pasti memberi kesan terhadap komuniti dan negara secara keseluruhannya. Ia memberikan impak yang besar jika dilihat dari aspek kos yang perlu ditanggung oleh individu mahupun kerajaan. Ini adalah akibat daripada kemusnahan hartabenda individu dan juga hartabenda awam seperti kerosakan infrastruktur asas, bangunan dan sebagainya. Oleh itu, kajian ini mengkaji kesan banjir ke atas sosioekonomi negeri Kedah dengan berdasarkan terma rujukan kajian yang berikut: menilai dan menganggar bantuan kewangan yang diberi oleh kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) semasa banjir dan kos lain seperti bantuan perubatan, sara hidup, kerosakan harta benda dan gantirugi yang berkaitan dengan banjir; menilai dan menganggar kos dan perbelanjaan yang akan berlaku jika langkah mencegah banjir tidak dilakukan; meneliti impak kepada individu, kawasan dan negeri dengan memfokus kepada sosioekonomi; mengenalpasti impak dan perubahan kualiti kehidupan kumpulan sasaran; menilai keberkesanan dan kelemahan sistem penyampaian dan mengemukakan cadangan-cadangan untuk mengatasi masalah yang dikenalpasti dalam kajian ini. Justeru metodologi kajian impak banjir adalah berasaskan pendekatan kualitatif yang disokong oleh survei dan temubual kumpulan sasaran (TKS).

Item Type: Book Section
Additional Information: Jointly organised by Universiti Utara Malaysia and Universitas Islam Riau Indonesia
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GB Physical geography
H Social Sciences > HJ Public Finance
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Dr. Mohd. Foad Sakdan
Date Deposited: 03 May 2011 03:02
Last Modified: 04 May 2011 06:01
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/2695

Actions (login required)

View Item View Item