UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Hubungan manusia dengan alam sekitar dari perspektif ekosistem bandar

Ismail, Hamidi (2010) Hubungan manusia dengan alam sekitar dari perspektif ekosistem bandar. In: International Seminar, Economic Regional Development, Law and Governance in Malaysia and Indonesia, 7-9 June 2010, Universitas Islam Riau Indonesia. Universitas Islam Riau Indonesia, Pekan Baru, Riau, pp. 1-13. ISBN 9789832078425

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (116kB)

Abstract

Isu hubungan manusia dengan alam sekitar fizikal bandar dalam konteks kemerosotan ekosistem bandar memang jelas dan terbukti sejak dahulu lagi menerusi kajian saintifik. Manusia merupakan agen pemusnah rantaian sistem alam sekitar semulajadi yang akhirnya mencetuskan pelbagai masalah kepada ekosistem umpamanya berlaku kematian sungai, hakisan tanah, kejadian banjir,ancaman penyakit serta kepupusan spesies. Dalam konteks pengurusan ekosistem, masyarakat sering menyalahkan pihak kerajaan yang gagal menguruskan keadaan alam sekitar bandar pada masa kini, sedangkan masalah alam sekitar bandar merupakan peranan semua pihak untuk menguruskannya. Melalui konteks pengurusan secara tradisional sememangnya kerajaan berperanan dalam segala hal bagi menentukan arah tuju sesebuah kehidupan masyarakat, tetapi zaman kelihatan berubah yang menunjukkan semua pihak dalam Negara mempunyai peranan yang penting untuk membantu pemerintah. Oleh itu, pendekatan pengurusan alam sekitar bandar merupakan pilihan tepat pada masa kini bagi memperlihatkan bahawa di samping kerajaan yang mengurus persekitaran bandar, pihak masyarakat, NGO dan swasta juga harus memainkan peranan bersama supaya setiap perancangan sehingga peringkat implementasi dasar melibatkan semua pihak di atas dalam bentuk heterarki.

Item Type: Book Section
Additional Information: Jointly organised by Universiti Utara Malaysia and Universitas Islam Riau Indonesia
Uncontrolled Keywords: Manusia, alam sekitar fizikal, gangguan ekosistem, model dan kesan gangguan
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GF Human ecology. Anthropogeography
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 03 May 2011 04:06
Last Modified: 03 May 2011 04:06
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/2699

Actions (login required)

View Item View Item