mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Transformasi Pekan Parit ke arah mencari kesejahteraan hidup masyarakat dan kelestarian alam sekitar: Satu tinjauan awal

Shafii, Haryati and Shareh Musa, Sharifah Meryam (2010) Transformasi Pekan Parit ke arah mencari kesejahteraan hidup masyarakat dan kelestarian alam sekitar: Satu tinjauan awal. In: International Seminar, Economic Regional Development, Law and Governance in Malaysia and Indonesia, 7-9 June 2010, Universitas Islam Riau Indonesia. Universitas Islam Riau Indonesia, Pekan Baru, Riau, pp. 1-10. ISBN 9789832078425

[thumbnail of HARYATI.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (82kB)

Abstract

Isu yang diutarakan dalam penelitian ini adalah berkenaan dengan tiga cabaran utama dalam mencari kesejahteraan hidup masyarakat dan kelestarian alam sekitar di Pekan Parit Raja ekoran daripada tekanan pembangunan iaitu “Transformasi Pekan Parit Raja”, “Daya Huni Bandar” dan “Kelestarian masyarakat dan alam sekitar”. Ketiga-tiga cabaran ini merupakan aspek penting yang diteliti bagi menentukan perubahan sosioekonomi penduduk setempat, mengetahui keperluan dan kehendak penduduk setempat mengikut ruang dan masa dan akhirnya dapat membentuk indeks kesejahteraan hidup untuk bandar kecil Parit Raja. Untuk itu konsep transformasi, pembangunan lestari, daya huni bandar dan kualiti hidup akan diteliti bagi menjawab kepada persoalan kajian. Selain itu, aspek sosio ekonomi dan persekitaran fizikal akan dikaji bagi melihat sejauhmana ketahanan alam sekitar dalam menghadapi perubahan di Pekan Parit Raja. Pentingnya kesejahteraan hidup masyarat di Pekan Parit Raja dikaji kerana adanya pertambahan penduduk yang pesat, ekonomi dan pasaran yang mendadak yang telah menimbulkan satu keadaan di mana, kemungkinan sebahagian masyarakatnya mendapat impak yang positif dan sebahagiannya lagi mendapat impak negatif. Pentingnya pemeliharaan dan pemuliharaan flora dan fauna, kerana ia merupakan khazanah alam yang amat berharga. Kepentingannya kepada generasi kini dan akan datang dalam mengenali dan menghargai warisan tersebut daripada kepupusan sememangnnya tidak dapat dipertikaikan lagi. Justeru, diharapkan kajian ini akan dapat menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dan kelestarian alam sekitar di Pekan Parit Raja supaya ianya tidak terpinggir.

Item Type: Book Section
Additional Information: Jointly organised by Universiti Utara Malaysia and Universitas Islam Riau Indonesia
Uncontrolled Keywords: Transformasi, daya huni, kualiti hidup, kesejahteraan
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GF Human ecology. Anthropogeography
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 03 May 2011 04:12
Last Modified: 03 May 2011 04:12
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/2701

Actions (login required)

View Item View Item