mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Hubung jalin Malaysia dan Indonesia dalam memperkasa kesusasteraan nusantara

Kamarudin, Kamariah (2010) Hubung jalin Malaysia dan Indonesia dalam memperkasa kesusasteraan nusantara. In: International Seminar, Economic Regional Development, Law and Governance in Malaysia and Indonesia, 7-9 June 2010, Universitas Islam Riau Indonesia. Universitas Islam Riau Indonesia, Pekan Baru, Riau, pp. 1-8. ISBN 9789832078425

[thumbnail of KAMARIAH.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (47kB)

Abstract

Dalam konteks sejarah, Malaysia dan Indonesia telah menjalin hubungan yang utuh sejak berabad lamanya. Ruang lingkup hubungan yang terjalin itu berlaku lantaran mempunyai persamaan daripada sudut warisan sejarah, bahasa, agama dan kebudayaan. Justeru, dalam perkembangan kesusasteraan tanahair masing-masing, didapati kedua-duanya turut menjalinkan hubungan yang akrab dalam memartabatkan pengkaryaan nusantara. Didapati bagi membangunkan perkembangan kesusasteraan negara bangsa, Malaysia- Indonesia mempunyai gagasan yang seiring dalam konsep nasionalisme. Hal ini demikian kerana rata-rata pengarang kedua-dua negara memiliki semangat dan patriotisme khususnya dalam menghasilkan karya yang berunsur nasionalisme sebagai lambang perjuangan kesusasteraan nusantara. Fenomena ini bersangkut paut dengan kecenderungan pengarang kedua negara masing-masing berganding bahu berkarya bagi merakam penyataan sosial yang menjadi medium penting untuk saranan pembangunan dan perubahan masyarakat serantau. Sehubungan itu, makalah ini merungkai hubung jalin antara Malaysia dan Indonesia dalam memperkasa kesusasteraan nusantara dalam konteks warisan sejarah, sosial, agama dan budaya bagi melestari keutuhan pengkarya dan pengkaryaan. Didapati kewujudan MABBIM (Majlis Bahasa Brunei Indonesia Malaysia), dan MASTERA (Majlis Sastera Asia Tenggara) adalah antara usaha yang dilakukan Malaysia-Indonesia dalam memperkasa kesusasteraan nusantara.

Item Type: Book Section
Additional Information: Jointly organised by Universiti Utara Malaysia and Universitas Islam Riau Indonesia
Subjects: P Language and Literature > PI Oriental languages and literatures
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 03 May 2011 07:28
Last Modified: 03 May 2011 07:28
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/2706

Actions (login required)

View Item View Item