mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pendekatan wasatiyyah dalam pengaplikasian Islam hadhari di Malaysia

Mohd Khambali @ Hambali, Khadijah and Abdul Kadir, Nor Adina (2010) Pendekatan wasatiyyah dalam pengaplikasian Islam hadhari di Malaysia. In: International Seminar, Economic Regional Development, Law and Governance in Malaysia and Indonesia, 7-9 June 2010, Universitas Islam Riau Indonesia. Universitas Islam Riau Indonesia, Pekan Baru, Riau, pp. 1-19. ISBN 9789832078425

[thumbnail of KHADIJAH.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (126kB)

Abstract

Islam Hadhari adalah program berasaskan ilmu untuk perpaduan umat Melayu Muslim di Malaysia dalam menghadapi gelombang globalisasi yang mampu merubah gaya hidup manusia samada secara positif mahupun negatif. Ia merupakan satu bentuk penekanan dari aspek akidah, ibadah dan perundangan yang mana ia berupa suatu kehidupan yang diresapi dan dirangsangi oleh nilai-nilai universal. Antaranya seperti keilmuan, pembangunan sepadu dan seimbang, tolak ansur tetapi tetap relevan, praktis dan dinamik dalam konteks masa kini sehingga menjadikan Malaysia negara Muslim contoh. Dalam sesebuah tamadun, kekuatan sosiol-politik dan ekonomi akan runtuh sekiranya nilai kemanusiaan itu terhakis. Bahkan akan lahir pelbagai gejala keruntuhan akhlak, ketidakadilan sosial dan masyarakat, kadar jenayah meningkat, keruntuhan sistem keluarga, ketidakseimbangan sistem ekologi dan sebagainya.Justeru, untuk membentuk hidup yang stabil, tenteram dan harmoni, pendekatan kesederhanaan (wasatiyyah) yang terpuji amat penting diaplikasikan dalam mencapai kestabilan, ketenteraman dan keharmonian hubungan masyarakat Malaysia secara menyeluruh berteraskan konsep Islam Hadhari .Oleh itu, kertas kerja ini akan menjelaskan bagaimana sifat wasatiyyah itu dijadikan medium utama dalam pengaplikasian Islam Hadhari menghadapi arus globalisasi agar perpaduan rakyat dan keharmonian negara akan kekal berterusan menuju al-falah. Malaysia yang mempunyai masyarakat majmuk, berbilang kaum, agama, adat resam dan cara hidup serta parti politik amat memerlukan pendekatan wasatiyyah sebagai orbit garisan perhubungan antara individu, kumpulan, agama, parti politik agar keharmonian masyarakat akan terus terkawal ke arah merealisasikan segala bentuk pembangunan negara.

Item Type: Book Section
Additional Information: Jointly organised by Universiti Utara Malaysia and Universitas Islam Riau Indonesia
Uncontrolled Keywords: wasatiyyah, Islam Hadhari, pengaplikasian, pembangunan negara, keharmonian, masyarakat majmuk, Malaysia
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 03 May 2011 07:30
Last Modified: 03 May 2011 07:30
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/2707

Actions (login required)

View Item View Item