UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Komposisi, kepelbagaian spesies pokok dan biojisim di Hutan Simpan Jambu Bongkok, Terengganu


Mokthsim, Noranida (2010) Komposisi, kepelbagaian spesies pokok dan biojisim di Hutan Simpan Jambu Bongkok, Terengganu. In: International Seminar, Economic Regional Development, Law and Governance in Malaysia and Indonesia, 7-9 June 2010, Universitas Islam Riau Indonesia. Universitas Islam Riau Indonesia , Pekan Baru, Riau, pp. 1-13. ISBN 9789832078425

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (68kB)

Abstract

Hutan Simpan Jambu Bongkok, Terengganu terletak pada 4º 55' U 103° 21' T dengan keluasannya adalah lebih kurang 370 hektar. Hutan ini merupakan hutan tanah rendah atas tanah bris yang mempunyai ketinggian 3m hingga 12m dari paras laut. Kajian ini dijalankan bagi mendapatkan komposisi taksonomi pokok dan pengiraan biojisim pokok dalam plot 2 hektar. Hubungkait antara biojisim pokok-pokok telah dibuat dengan Diameter Paras Dada (DBH), Kepadatan, Kekerapan dan Kedominanan Mutlak dan Relatif, dan Indeks Nilai kepentingan (IVI). Melalui kajian ini komposisi taksonomi terdiri daripada 39 spesies daripada 25 famili, Myrtaceae, Annonaceae, Guttiferae, Verbanaceae dan Euphorbiaceae merupakan lima famili terbesar yang mencatatkan bilangan spesies terbanyak. Jumlah luas pangkal pokok adalah 184.8 m²/ ha. Spesies yang paling dominan adalah Shorea materialis iaitu 23.2% dan diikuti dengan Syzygium napiforme (21.0%) serta Vitex pinnata (13.2%). Biojisim atas tanah adalah 225.8 tan/ha.Komposisi spesies merupakan komponen penting dalam penilaian impak alam sekitar. Ia boleh digunakan oleh ahli-ahli ekologi untuk pemonitoran bagi melihat sebarang perubahan yang berlaku dalam ekosistem. Hutan tanah rendah atas tanah bris juga memerlukan satu garis panduan atau satu sistem pengurusan lestari yang berupaya memastikan pemuliharaan

Item Type: Book Section
Additional Information: Jointly organised by Universiti Utara Malaysia and Universitas Islam Riau Indonesia
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General)
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 03 May 2011 08:54
Last Modified: 03 May 2011 08:54
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/2730

Actions (login required)

View Item View Item