UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Pemanfaatan perpustakaan dalam agenda memperkasakan minda demi pembangunan negara


Yusoff, Nuraini and Mohammed, Rosli and Abd Aziz, Noor Hashima and Yusoff, Ismail and Ahmad, Kamarudin (2010) Pemanfaatan perpustakaan dalam agenda memperkasakan minda demi pembangunan negara. In: International Seminar, Economic Regional Development, Law and Governance in Malaysia and Indonesia, 7-9 June 2010, Universitas Islam Riau Indonesia. Universitas Islam Riau Indonesia, Pekan Baru, Riau, pp. 1-15. ISBN 9789832078425

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (85kB)

Abstract

Pembangunan negara merangkumi pelbagai domain antaranya pembangunan modal insan, ekonomi, sosial, keselamatan negara, demokrasi dan sebagainya. Jika dilihat dari sudut ekonomi, pada 30 Mac 2010, Dato’ Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri Malaysia telah melancarkan Model Ekonomi Baru (MEB) sebagai satu daripada usaha pembangunan negara Malaysia.Antara respons yang dikemukakan oleh pakar ialah kejayaan MEB ini terletak “… di tangan kita. Kerajaan boleh menyediakan pelan dan polisi yang sepatutnya, berserta suasana ekonomi yang sesuai. Tetapi, tanpa sokongan dari penyertaan rakyat, MEB hanya akan tinggal sebagai harapan” (Mahani Zainal Abidin, 2010, hlm. 18). Datuk Salleh Majid (2010, hlm. 8) turut mengingatkan bahawa “pelaksanaan MEB akan gagal jika semua pihak termasuk badan kerajaan, swasta dan rakyat tidak melakukan reformasi pemikiran dan mengubah corak kerja seharian.” Dengan erti kata yang lain, pembangunan Negara amat memerlukan modal insan yang mempunyai minda kelas pertama: berilmu pengetahuan antardisiplin, terkini, inovatif dan bermanfaat. Satu daripada usaha untuk mencapai hasrat ini ialah dengan menyediakan perkhidmatan perpustakaan. Gedung ilmu yang menjadi penggerak aktiviti intelektual ini merupakan indikator pembangunan sesebuah negara. Persoalannya - sejauh manakah rakyat menghargai perkhidmatan ini? Dalam makalah ini, penyelidik akan berkongsi sebahagian daripada dapatan kajian kes berkaitan dengan tahap penggunaan Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB), Universiti Utara Malaysia. Objektif kajian ialah untuk i) Meninjau tahap penggunaan kemudahan yang disediakan PSB oleh pengguna; ii) Mengenal pasti persepsi kakitangan dan pelajar terhadap perkhidmatan PSB, dan iii) Mengkaji faktor-faktor pendorong dan penghalang penggunaan perkhidmatan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pengguna berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan. Walau bagaimanapun, pengguna kurang memanfaatkan perkhidmatan tersebut secara fizikal dan juga secara maya. Seterusnya, makalah ini membincangkan implikasi daripada dapatan ini dan mencadangkan langkah-langkah yang perlu diambil terhadap peranan dan pemanfaatan perpustakaan dalam agenda memperkasakan minda demi pembangunan negara.

Item Type: Book Section
Additional Information: Jointly organised by Universiti Utara Malaysia and Universitas Islam Riau Indonesia
Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Z719 Libraries (General)
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Prof. Madya Dr. Nuraini Yusoff
Date Deposited: 04 May 2011 06:45
Last Modified: 04 May 2011 06:45
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/2738

Actions (login required)

View Item View Item