mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Dasar perkhidmatan bekalan air negara: Impak SPAN dan PAAB ke atas agensi bekalan air negeri Kedah

Mohd Saad, Nariman (2010) Dasar perkhidmatan bekalan air negara: Impak SPAN dan PAAB ke atas agensi bekalan air negeri Kedah. In: International Seminar, Economic Regional Development, Law and Governance in Malaysia and Indonesia, 7-9 June 2010, Universitas Islam Riau Indonesia. Universitas Islam Riau Indonesia , Pekan Baru, Riau, pp. 1-25. ISBN 9789832078425

[thumbnail of NURIMAN.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (481kB)

Abstract

Kini dasar perkhidmatan air negara adalah di bawah Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB). SPAN dan PAAB bertujuan untuk mewujudkan badan kawal selia yang mantap di peringkat nasional bagi industri perkhidmatan air negara. Dalam pada itu, untuk menjaga kepentingan pengguna dan kemapanan industri. Oleh itu pihak pihak yang terlibat dalam penstrukturan semula industri air negara ialah: Jabatan Bekalan Air (JBA), Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP), SPAN dan PAAB. Penstrukturan semula industri perkhidmatan air negara sudah pasti mempengaruhi pihak pengguna, kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan. SPAN dan PAAB mempunyai implikasi kepada agensi bekalan air negeri yang belum dikorporat atau diswastakan dari segi perkhidmatan bekalan air kepada pengguna dan pengurusan organisasinya. Sehubungan itu, agensi bekalan air negeri Kedah dikaji dalam konteks sebelum dan selepas adanya SPAN dan PAAB. Dapatan kajian menunjukkan Jabatan Bekalan Air Negeri Kedah dikorporatkan kepada 1 Januari 2010 dengan nama Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. atau ringkasnya SADA. SADA dimilikinya sepenuhnya oleh kerajaan negeri. Sebelum SADA, sebahagian daripada perkhidmatan bekalan air negeri iaitu operasi rawatan bekalan air diswastakan kepada Syarikat Air Utara Indah pada tahun 1990. Pada tahun 1995, kerajaan negeri Kedah telah menswastakan hampir kesemua perkhidmatan bekalan airnya, kecuali kutipan bil, di Pulau Langkawi kepada Taliworks. Penswastaan itu telah memberi implikasi kewangan yang negatif kepada kerajaan negeri Kedah. Dengan bentuk organisasi baru menerusi pengkorporatan, SADA akan membaiki kelemahan yang berlaku dalam program penswastaan yang dilakukan sebelum itu.

Item Type: Book Section
Additional Information: Jointly organised by Universiti Utara Malaysia and Universitas Islam Riau Indonesia
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 04 May 2011 06:51
Last Modified: 04 May 2011 06:51
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/2739

Actions (login required)

View Item View Item