mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Impak bencana banjir terhadap industri: Kes kajian di Kedah

Yusof, Rohana and Sakdan, Mohd Fo'ad and Khalid, Mohamad Sukeri (2010) Impak bencana banjir terhadap industri: Kes kajian di Kedah. In: International Seminar on Economic Regional Development, Law and Governance in Malaysia and Indonesia, 7-9 June 2010, Universitas Islam Riau Indonesia, Pekan Baru, Riau.

[thumbnail of ROHANA.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (297kB)

Abstract

Bencana banjir yang melanda boleh mengakibatkan impak yang besar terhadap komuniti, hartabenda serta impak yang signifikan terhadap industri. Justeru, kajian impak terhadap industri wajar dilaksanakan untuk mengenalpasti apakah impak yang ditanggung oleh pihak industri bilamana banjir melanda. Bagi maksud kertas kerja ini, metodologi kajian terhadap industri dibincangkan. Kajian ini berasaskan survei yang telah dijalankan terhadap 10 industri di daerah Kubang Pasu Kedah. Kawasan kajian merupakan kawasan perusahaan yang terlibat secara langsung ketika banjir berlaku. Selain itu, kawasan perindustrian Bukit Kayu Hitam iaitu kawasan perindustrian KEDA Napoh dan kedai-kedai sekitar Changlun juga turut dijadikan kawasan kajian. Selain survei, pendekatan temubual secara bersemuka bersama pegawai di peringkat pengurusan dan pentadbiran turut dijalankan bagi mengukuhkan dapatan kajian terhadap impak yang ditanggung oleh pihak industri akibat banjir. Selain itu, pendekatan kajian turut membantu pasukan penyelidik untuk mendapatkan cadangan-cadangan yang bersesuai dari perspektif pihak iindustri bagi tujuan mengurangkan impak banjir terhadap industri. Hasil kajian mendapati terdapat beberapa faktor yang telah menjejaskan operasi pengeluaran industri seperti pekerja tidak dapat datang bekerja, penghantaran produk terjejas, kilang dimasuki air, bekalan elektrik dan air terputus, dan penerimaan barang mentah terputus. Pemilik industri juga terpaksa menanggung segala kerugian yang dialami disebabkan tidak dapat beroperasi selama beberapa hari dan menanggung segala kos kerosakan dan pembaikan yang terlibat semasa bencana banjir. Manakala dari aspek punca berlakunya banjir bagi kawasan perindustrian adalah disebabkan oleh sistem pengaliran yang tidak terurus.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Jointly organised by Universiti Utara Malaysia and Universitas Islam Riau Indonesia (ISBN 9789832078425)
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GB Physical geography
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Dr. Mohd. Foad Sakdan
Date Deposited: 04 May 2011 08:37
Last Modified: 15 Apr 2013 04:15
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/2744

Actions (login required)

View Item View Item