UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Hubungkait harga rumah dengan faktor kemudahan awam menggunakan Sistem Maklumat Geografi (GIS)


Abdul Jalil, Nursyuhadah (2010) Hubungkait harga rumah dengan faktor kemudahan awam menggunakan Sistem Maklumat Geografi (GIS). In: International Seminar, Economic Regional Development, Law and Governance in Indonesia and Malaysia, 7-9 June 2010, Universitas Islam Riau Indonesia. Universitas Islam Riau Indonesia, Pekan Baru, Riau, pp. 1-15. ISBN 9789832078425

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (173kB)

Abstract

Harga rumah dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat hubungkait antara harga rumah dengan kemudahan awam yang terdapat di sekeliling kawasan perumahan berkenaan dalam jarak tertentu. Kemudahan awam yang lengkap dan berdekatan kebiasaannya akan mempengaruhi harga rumah di sesuatu kawasan. Namun setiap kemudahan mempunyai nilai kepentingan yang berbeza- beza yang mana akan memberi kesan kepada harga sesebuah rumah. Sistem Maklumat Geografi (GIS) menawarkan perkakasan dan proses yang lengkap dan berkesan dalam satu kerangka penyelidikan bagi melihat hubungkait antara harga rumah dengan kemudahan awam. Gabungan antara GIS dan kaedah Multicriteria Analysis (MCA) dapat meningkatkan keberkesanan proses penilaian harga rumah. Hasil kajian mendapati bahawa harga rumah mempunyai perkaitan dengan kemudahan awam. Purata harga rumah di kawasan yang mempunyai kemudahan awam yang rendah ialah RM173,833.30. Manakala purata harga rumah di kawasan yang mempunyai kemudahan sederhana pula ialah RM195,134.40 dan putara harga rumah di kawasan yang mempunyai kemudahan awam yang tinggi ialah sebanyak RM209,278.60. Umumnya kemudahan awam yang terdapat di sekitar rumah akan mempengaruhi rumah berkenaan. Kajian ini juga menghasilkan maklumat dan teknik yang bernilai kepada para perancang dan Pihak Berkuasa Tempatan untuk membantu proses membuat keputusan di dalam merancang perletakan kemudahan awam.

Item Type: Book Section
Additional Information: Jointly organised by Universiti Utara Malaysia and Universitas Islam Riau Indonesia
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 04 May 2011 12:59
Last Modified: 04 May 2011 12:59
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/2749

Actions (login required)

View Item View Item