mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Jaringan keselamatan sosial dan skim takaful banjir

Ahmad, Siti Aznor and Yusof, Rohana and Anuar, Abdul Rahim (2010) Jaringan keselamatan sosial dan skim takaful banjir. In: International Seminar, Economic Regional Development, Law and Governance in Malaysia and Indonesia, 7-9 June 2010, Universitas Islam Riau Indonesia. Universitas Islam Riau Indonesia , Pekan Baru, Riau, pp. 1-13. ISBN 9789832078425

[thumbnail of SITI_AZOR.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (252kB)

Abstract

Terma Jaringan Keselamatan Sosial (JKS) adalah agak baru diterima dunia di mana ia banyak digunakan sejak tahun 1990an. Berbagai definisi yang digunakan dan di Malaysia, terma Jaringan Keselamatan Sosial membawa definisi perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan untuk kepentingan masyarakat meliputi kebajikan, perubatan dan kadang kala subsidi kepada pengangkutan awam. Semasa pembentangan Bajet 2009, kerajaan telah mengumumkan berbagai bantuan bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah, orang kurang upaya, ibu tunggal dan lain-lain golongan yang kurang bernasib baik. Selain daripada bantuan untuk meningkatkan taraf hidup golongan kurang bernasib baik, terdapat juga penubuhan satu tabung untuk membantu mereka yang dilanda bencana seperti banjir dan kebakaran dan bantuan kepada keluarga yang kehilangan punca pendapatan secara mengejut (seperti kemalangan) berjumlah RM25 juta. Pemberian bantuan ini berdasarkan kejadian, di mana sekiranya berlaku keadaan bencana, mangsa bencana akan diberikan bantuan mengikut panduan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara. Kajian ini lebih menumpu kepada bencana banjir dengan memberi cadangan memperkenalkan Skim Takaful/Insuran Banjir sebagai salah satu alternatif kepada sistem yang sedia ada. Antara kebaikan skim ini termasuklah dapat mengurangkan beban fiskal kerajaan; dan dapat mempraktikkan konsep perkongsian di antara orang yang tidak terlibat dengan banjir dengan mangsa banjir.

Item Type: Book Section
Additional Information: Jointly organised by Universiti Utara Malaysia and Universitas Islam Riau Indonesia
Subjects: H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 05 May 2011 02:27
Last Modified: 05 May 2011 02:27
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/2751

Actions (login required)

View Item View Item