Ismail, Zainab and Wan Ahmad, Wan Ibrahim and Tibek, Siti Rugayah and Endot, Ideris and Md Sham, Fariza (2010) Nota penyelidikan/research notes penyertaan agama warga tua rumah Seri Kenangan Malaysia. Jurnal Pembangunan Sosial, 13. pp. 131-141. ISSN 1394-6528
PDF
Restricted to Registered users only Download (203kB) | Request a copy |
Abstract
Kajian lepas menunjukkan penyertaan warga tua dalam aktiviti agama boleh mengurangkan aspek negatif yang banyak dalam kehidupan mereka, seperti kemurungan (Kennedy, Howard, Cynthia & Jiming, 1996), atau meningkatkan kepuasan hidup (Quadagno, 1999), memberikan makna dalam kehidupan (Elmi Baharuddin, 2008), dan kebanyakan warga tua menganggap agama penting dalam kehidupan (Wan Ibrahim Wan Ahmad, 2008). Kajian-kajian ini, kecuali kajian Elmi Baharuddin, dilakukan ke atas warga tua dalam komuniti, bukan warga tua yang tinggal di Rumah Seri Kenangan. Banyak persoalan boleh ditimbulkan tentang penyertaan warga tua yang tinggal di Rumah Seri Kenangan dalam aktiviti agama. Tidak ada jawapan yang jelas yang boleh diutarakan tentangnya.Maklumat dalam nota penyelidikan ini diambil daripada hasil awal projek penyelidikan dengan Kod Projek: UKM-PP-04-FRGS0005-2006/04, bertajuk “Penyertaan Agama, Konsep Kendiri dan Keperluan Kaunseling Warga Tua Rumah Seri Kenangan di Malaysia”. Kajian tersebut bertujuan menganalisis penyertaan warga tua dalam amalan agama, mengenal pasti konsep kendiri warga tua dan mengenal pasti indikator yang menunjukkan warga tua memerlukan perkhidmatan kaunseling di Rumah Seri Kenangan.Tumpuan penyelidikan itu adalah ke atas warga tua yang tinggal di Rumah Seri Kenangan (RSK).
Item Type: | Article |
---|---|
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc |
Divisions: | School of Applied Psychology, Social Work & Policy |
Depositing User: | Mrs. Norazmilah Yaakub |
Date Deposited: | 28 Sep 2020 01:26 |
Last Modified: | 28 Sep 2020 01:26 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/27538 |
Actions (login required)
View Item |