mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pendekatan dialog kehidupan dalam menjana modal insan Malaysia-Indonesia

Sintang, Suraya and Mohd Khambali @ Hambali, Khadijah and Abdul Kadir, Nor Adina (2010) Pendekatan dialog kehidupan dalam menjana modal insan Malaysia-Indonesia. In: International Seminar, Economic Regional Development, Law and Governance in Malaysia and Indonesia, 7-9 June 2010, Universitas Islam Riau Indonesia. Universitas Islam Riau Indonesia , Pekan Baru, Riau, pp. 1-25. ISBN 9789832078425

[thumbnail of SURAYA.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (195kB)

Abstract

Idealisme dialog kehidupan dan asas-asas dialog kehidupan yang dipraktiskan dalam masyarakat beraneka etnik di Malaysia dilihat berupaya menjana modal insan yang dinamik. Budaya, bahasa dan rumpun etnik yang hampir sama dimangkinkan lagi dengan persekitaran iklim dan anutan kepercayaan yang juga hampir sama mewarnai masyarakat Malaysia-Indonesia mendorong kajian ini melihat lebih rencam dialog kehidupan sebagai mekanisme menjana modal insan yang mampu terus berdaya saing dan berwibawa. Secara teorinya, dialog kehidupan adalah salah satu bentuk dialog antara agama yang lazimnya juga dikenali sebagai ‘dialog kultural’. Dialog ini berbeza dengan ‘dialog struktural’ dari segi kaedah pelaksanaan, kandungan perbincangan, peserta dialog serta tempat dan masa dialog itu berlangsung. Dari segi praktikal, dialog kehidupan dibina dari asas saling kenal mengenali dan berkongsi aktiviti bersama. Perkenalan ini bermula apabila wujud pertemuan dan tinggal bersama antara masyarakat beraneka agama dan etnik. Fenomena ini menjelaskan dialog kehidupan dibentuk dari lanskap dan platformnya yang tersendiri mengikut konteks masyarakat tersebut. Hasil kajian mendapati dialog kehidupan di Malaysia-Indonesia berupaya menjana pembangunan modal insan yang bersifat terbuka dan mudah mengakomodasikan diri dengan latar persekitaran yang berbeza. Situasi ini dapat diperhatikan melalui inisiatif yang dijalankan dalam pelbagai program dialog yang melibatkan seluruh lapisan masyarakat di peringkat akar umbi. Justeru, bagi memahami bagaimana fenomena ini berlaku, kajian dokumentasi dan lapangan melalui temubual dijalankan untuk meninjau pengalaman hidup bersama dan interaksi seharian antara masyarakat pelbagai etnik di kedua-dua negara ini.

Item Type: Book Section
Additional Information: Jointly organised by Universiti Utara Malaysia and Universitas Islam Riau Indonesia
Subjects: H Social Sciences > HM Sociology
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 05 May 2011 04:03
Last Modified: 05 May 2011 04:03
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/2755

Actions (login required)

View Item View Item