mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Motivasi keusahawanan pemaju perumahan bumiputera di Pulau Pinang

Kamarul Baharain, Shahrul Nazim (2010) Motivasi keusahawanan pemaju perumahan bumiputera di Pulau Pinang. In: International Seminar, Economic Regional Development, Law and Governance in Malaysia and Indonesia, 7-9 June 2010, Universitas Islam Riau Indonesia. Universitas Islam Riau Indonesia, Pekan Baru, Riau, pp. 1-15. ISBN 9789832078425

[thumbnail of SHAHRUL_NAZIM_1.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (167kB)

Abstract

Motivasi keusahawanan berperanan penting dalam mempertingkatkan kecemerlangan diri usahawan dan kejayaan syarikat di dalam dunia perniagaan. Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan usahawan melibatkan diri dalam dunia perniagaan. Dalam industri hartanah khususnya sektor perumahan, pulangan atas pelaburan yang dibuat menjanjikan pendapatan yang lumayan dan besar pada usahawan yang bijak menguruskan perniagaan dalam industri ini. Bagi usahawan Bumiputera, ianya tidak mustahil kerana terdapat juga pemaju terdapat juga pemaju perumahan swasta yang beroperasi dan memajukan projek perumahan di Pulau Pinang walaupun jumlahnya agak kecil jika hendak dibandingkan dengan pemaju bukan Bumiputera. Secara keseluruhannya, pasaran hartanah di Pulau Pinang menunjukkan prestasi yang memberangsangkan walaupun terdapat kemerosotan sedikit dalam kadar penghunian rumah yang dibina di Pulau Pinang. Projek-projek perumahan baru banyak tertumpu di Seberang Perai berbanding di bahagian pulau kerana stok kesediaan tanah banyak di kawasan Seberang Perai. Para pemaju Bumiputera ini tidak menghadapi masalah dalam bersaing dengan pemaju bukan Bumiputera kerana sasaran pembeli dan lokasi projek adalah berbeza. Motivasi keusahawanan yang dipamerkan oleh para pemaju Bumiputera adalah sangat tinggi dan memberangsangkan. Penyelidik juga telah mendapati bahawa ancaman kepada pemaju kecil Bumiputera ini adalah daripada pemaju Bumiputera yang menjadi milikan penuh atau separa kerajaan. Penyelidik juga telah mengenalpasti ciri-ciri motivasi keusahawanan yang wujud pada usahawan (pemaju) dalam industri hartanah dan faktor-faktor yang boleh meningkatkan motivasi keusahawanan dalam industri ini. Selain itu, faktor-faktor yang menghalang motivasi keusahawanan juga turut dikenalpasti. Dalam memperkembangkan lagi perniagaan, pemaju Bumiputera hendaklah mengadakan usahasama dengan para pemaju lain dalam memperkembangkan perniagaan mereka agar daya saing boleh dipertingkatkan ke peringkat antarabangsa.

Item Type: Book Section
Additional Information: Jointly organised by Universiti Utara Malaysia and Universitas Islam Riau Indonesia
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 05 May 2011 06:04
Last Modified: 05 May 2011 06:10
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/2758

Actions (login required)

View Item View Item