mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Sorotan kajian tentang kesan penubuhan institusi pengajian tinggi ke atas pembangunan sosio ekonomi setempat

Othman, Zalila and Mohd Mohaideen, Zalina and Ahmad Samidi, Munzarina (2010) Sorotan kajian tentang kesan penubuhan institusi pengajian tinggi ke atas pembangunan sosio ekonomi setempat. In: International Seminar, Economic Regional Development, Law and Governance in Malaysia and Indonesia, 7-9 June 2010, Universitas Islam Riau Indonesia. Universitas Islam Riau Indonesia, Pekan Baru, Riau, pp. 1-15. ISBN 9789832078425

[thumbnail of ZALILA_OTHMAN_1.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (151kB)

Abstract

Kolej dan universiti mempunyai pengaruh yang besar ke atas komuniti bandar dan luar bandar dari sudut aliran pendapatan dan perbelanjaan serta penyediaan peluang pekerjaan melalui aktiviti pendidikan dan penyelidikan. Institusi pengajian tinggi (IPT) melakukan perbelanjaan seperti membeli barangan dan perkhidmatan dan menggaji pekerja. Di samping itu, IPT juga menjana pendapatan dengan cara menghasilkan penyelidikan dan mengeluarkan pekerja mahir serta menjual pendidikan, seni dan hiburan. Ini seterusnya menggalakkan perkembangan ekonomi setempat, contohnya industri perumahan. Aktiviti ekonomi mempunyai kesan gandaan (ripple effect) ke atas ekonomi setempat apabila sektor ekonomi terus bertindakbalas terhadap peningkatan permintaan barangan dan perkhidmatan. Kertas kerja ini cuba mendedahkan kepada masyarakat bahawa banyak kajian impak ekonomi penubuhan IPT tinggi telah dilakukan. Sehubungan itu, apabila sesebuah IPT baru ditubuhkan, satu kajian impak ekonomi wajar dilakukan untuk menilai sumbangan penubuhannya terhadap perkembangan ekonomi setempat. Ini perlu memandangkan kini terdapat banyak IPT yang baru ditubuhkan dan dinaiktarafkan. Daripada sorotan ini juga, didapati kaedah pengukuran impak ekonomi yang sesuai dan kerap digunakan adalah model input-output.

Item Type: Book Section
Additional Information: Jointly organised by Universiti Utara Malaysia and Universitas Islam Riau Indonesia
Subjects: H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
L Education > L Education (General)
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 08 May 2011 09:13
Last Modified: 08 May 2011 09:13
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/2763

Actions (login required)

View Item View Item