mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Risiko dan cabaran penduduk dalam dataran banjir di Lembangan Saliran Kelantan

Syed Hussain, Tuan Pah Rokiah (2010) Risiko dan cabaran penduduk dalam dataran banjir di Lembangan Saliran Kelantan. In: International Seminar, Economic Regional Development, Law and Governance in Malaysia and Indonesia, 7-9 June 2010, Universitas Islam Riau Indonesia. Universitas Islam Riau Indonesia, Pekan Baru, Riau, pp. 1-14. ISBN 9789832078425

[thumbnail of TUAN_PAH_ROKIAH_1.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (94kB)

Abstract

Kawasan dataran banjir di Lembangan Saliran Kelantan adalah merangkumi beberapa jajahan iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang. Kesemua jajahan ini dialiri oleh beberapa sungai utama termasuklah Sungai Kelantan, Sungai Lebir, Sungai Galas, Sungai Nenggiri dan Sungai Pergau. Anggaran jumlah penduduk yang menghuni kawasan ini dan sering terlibat dengan bencana banjir adalah seramai 553,099 orang iaitu lebih kurang satu pertiga daripada jumlah penduduk negeri Kelantan(1.3 juta orang). Risiko dan cabaran yang seringkali dihadapi oleh penduduk kawasan ini ialah kejadian bencana banjir yang berlaku setiap tahun dengan kekerapan dan intensiti semakin meningkat. Justeru, bagi meneliti tren kejadian banjir di kawasan tersebut, satu analisis perilaku luahan dengan merujuk kepada “rating table” dijalankan yang berpandukan kepada tiga aras penting iaitu aras berjaga-jaga, aras amaran dan aras bahaya. Selain itu, kejadian banjir juga pastinya menyebabkan pelbagai kemusnahan dan kerosakan harta benda sama ada tempat tinggal, binatang ternakan, hasil pertanian dan sebagainya. Oleh itu, kajian ini juga meneliti anggaran nilai kemusnahan harta benda, jumlah pemindahan mangsa banjir dan kehilangan nyawa berdasarkan laporan tahunan kejadian banjir yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kelantan. Manakala antara cabaran yang perlu dilalui oleh penduduk di kawasan ini adalah, walaupun dikatakan keadaan sosio-ekonomi mereka telah mengalami peningkatan setiap tahun. Namun, kejadian bencana banjir telah menyebabkan pelbagai kemusnahan dan memberikan kesan negatif kepada corak kehidupan mereka. Oleh itu, kerjasama dan penglibatan semua pihak termasuklah masyarakat, pihak kerajaan, NGO’s dan swasta adalah penting bagi mewujudkan pengurusan bersepadu lembangan saliran demi kesejahteraan penduduk di Lembangan Saliran Kelantan.

Item Type: Book Section
Additional Information: Jointly organised by Universiti Utara Malaysia and Universitas Islam Riau Indonesia
Uncontrolled Keywords: Kejadian banjir, Kemusnahan, Cabaran
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GB Physical geography
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 09 May 2011 03:06
Last Modified: 09 May 2011 03:06
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/2767

Actions (login required)

View Item View Item