Syed Hussain, Tuan Pah Rokiah (2010) Analisa perubahan gunatanah di Lembangan Kelantan melalui teknik metriks ruangan "patch analyst" dan kaitannya dengan kejadian bencana banjir. In: International Seminar, Economic Regional Development, Law and Governance in Malaysia and Indonesia, 7-9 June 2010, Universitas Islam Riau Indonesia. Universitas Islam Riau Indonesia, Pekan Baru, Riau, pp. 1-15. ISBN 9789832078425
PDF
Restricted to Registered users only Download (1MB) |
Abstract
Pelbagai aktiviti pembangunan telah dirancang dan dilaksanakan seiring dengan saranan dan usaha kerajaan bagi membangunankan kawasan luar bandar bagi tujuan merapatkan perbezaan jurang ekonomi antara kawasan. Hal ini, selaras dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) yang digerakkan oleh kerajaan bagi menggantikan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Pertumbuhan ekonomi yang pesat telah menggalakkan pembangunan dalam sektor seperti pembandaran,pelancongan dan rekreasi, kemudahan awam, perumahan dan sebagainya di kebanyakan kawasan di negara ini. Keadaan ini telah mengubah landskap semulajadi kepada gunatanah yang pelbagai corak seiring dengan kemahuan penduduk. Namun perubahan gunatanah di kawasan sensitif alam sekitar sebenarnya akan mengundang malapetaka kepada manusia sendiri di kemudian hari. Perancangan pembangunan yang tidak mampan seperti penerokaan hutan di kawasan tanah tinggi atau di lembangan saliran dan digantikan dengan kegiatan ekonomi lain secara komersil seperti pelancongan, pertanian skala besar dan sebagainya akan merugikan manusia akhirnya. Kajian ini telah mengaplikasikan teknik Geographic Information System (GIS) bagi meneliti tahap perubahan gunatanah di Lembangan Kelantan mengikut tempoh masa yang telah dipilih.Hasil kajian mendapati terdapat perubahan gunatanah yang signifikan di lembangan tersebut dan menjadi salah satu punca utama kepada peningkatan kekerapan dan intensiti bencana banjir yang berlaku sejak kebelakangan ini di Lembangan Kelantan. Keadaan ini dijelaskan melalui teknik analisis metriks ruangan (Spatial Analyst) dengan menggunakan beberapa ujian statistik seperti Ujian Patch Density & Size Metrics (Mean Patch Size), Edge Metrics (Total Edge (TE), Edge Density (ED), Mean Perimeter-Area Ratio (Mpar) dan Shannons Diversity Index (SHDI). Kesemua analisis ini digunakan bagi mengetahui keluasan sebenar perubahan gunatanah dan apakah jenis gunatanah yang paling banyak mengalami perubahan sepanjang tempoh masa yang dipilih.
Item Type: | Book Section |
---|---|
Additional Information: | Jointly organised by Universiti Utara Malaysia and Universitas Islam Riau Indonesia |
Uncontrolled Keywords: | perubahan gunatanah, pembangunan, bencana banjir |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences |
Divisions: | College of Law, Government and International Studies |
Depositing User: | Mrs. Norazmilah Yaakub |
Date Deposited: | 14 Mar 2011 01:49 |
Last Modified: | 14 Mar 2011 01:49 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/2768 |
Actions (login required)
View Item |