mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Politik kepembangkangan di Malaysia

Othman, Zaheruddin and Othman, Muhammad Fuad (2010) Politik kepembangkangan di Malaysia. In: IInternational Seminar on Economic Regional Development, Law and Governance in Malaysia and Indonesia, 7-9 June 2010, Universitas Islam Riau Indonesia. Universitas Islam Riau Indonesia, Pekan Baru, Riau, pp. 1-33. ISBN 9789832078425

[thumbnail of ZAHERUDDIN_OTHMAN.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (127kB)

Abstract

Pergolakan politik Malaysia sering mendapat perhatian daripada banyak pihak. Antara mereka yang terbabit ialah ahli politik, ahli akademik, pengkaji sosial, wartawan, dan orang awam. Mereka ini sentiasa membuat analisis atas sesuatu isu politik mengikut bidang kepakaran dan pemahaman masing-masing. Analisis yang dibuat seringkali diterbitkan dalam akhbar, jurnal, laporan rasmi dan sebagainya. Malah turut disiarkan dalam media massa seperti televisyen dan internet.Namun begitu, keghairahan mereka membuat analisis atas isu-isu politik semasa kerap kali tersasar dari realiti sebenar politik Malaysia. Hal ini disebabkan kesilapan mereka menggunakan alat yang tidak tepat ketika melakukan analisis tersebut.Di Malaysia,sistem politik sebenar yang diamalkan ialah politik sistem sebuah parti dominan.Justeru, penganalisis isu-isu politik seharusnya menggunakan alat analisis berasaskan pemahaman bahawa Malaysia mengamalkan politik sistem sebuah parti dominan. Malangnya ramai penganalisis menggunakan alat analisis berasaskan pemahaman bahawa Malaysia mengamalkan politik sistem dua parti sebagaimana terdapat di United Kingdom dan Amerika Syarikat. Akibat dari kesilapan menggunakan alat analisis yang tidak tepat, pemahaman masyarakat tentang pergolakan politik Malaysia juga tidak tepat. Oleh itu, kajian ini dilakukan bertujuan untuk meninjau pergolakan politik dalam sistem sebuah parti dominan, hal ini dikenali sebagai “politik kepembangkangan”. Objektif tulisan ini pertama, meneliti politik kepembangkangan berasaskan kepada sistem sebuah parti dominan dengan politik sistem dua parti; kedua, bagaimanakah aktiviti bangkang membankang (kepembangkangan) berlaku di Malaysia.

Item Type: Book Section
Additional Information: Jointly organised by Universiti Utara Malaysia and Universitas Islam Riau Indonesia
Subjects: J Political Science > JQ Political institutions Asia
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 14 Mar 2011 01:45
Last Modified: 14 Mar 2011 01:45
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/2769

Actions (login required)

View Item View Item