mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Kelestarian pengagihan dana zakat di Baitul Mal Aceh

Hamat, Zahri (2010) Kelestarian pengagihan dana zakat di Baitul Mal Aceh. In: International Seminar Economic Regional Development, Law and Governance in Malaysia and Indonesia, 7-9 June 2010, Universitas Islam Riau Indonesia. Universitas Islam Riau Indonesia, Pekan Baru, Riau, pp. 1-14. ISBN 9789832078425

[thumbnail of ZAHRI_HAMAT.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (172kB)

Abstract

Kertas ini bertujuan menganalisis kelestarian pengagihan dana zakat kepada penerima zakat dalam bentuk pembiayaan mikro yang dilakukan oleh Baitul Mal Aceh. Persoalannya ialah, apakah zakat boleh diagihkan dalam bentuk pembiayaan mikro kerana zakat adalah pindahan hak milik dana zakat kepada penerima zakat? Apatah lagi ia dibuat secara qardul hasan dan mudarabah. Dapatan analisis mempamerkan Baitul Mal Aceh mengagihkan dana zakat melalui pembiayaan mikro kepada tiga sektor. Pertama ialah sektor perdagangan; kedua ialah sektor pertanian; dan ketiga ialah sektor penternakan. Pembiayaan mikro untuk sektor perdagangan dan sektor pertanian secara qardul hasan, manakala untuk sektor pertenakan secara mudarabah. Dapatan analisis juga mempamerkan pungutan balik daripada pembiayaan mikro tersebut melebihi daripada 75 peratus. Implikasinya ialah, pengagihan dana zakat melalui pembiayaan mikro ini mempamerkan wujudnya kelestarian dalam pengagihan dana zakat. Ia bukan sahaja mampu mewujudkan satu dana pusingan, malah agihan zakat dapat dibuat secara berterusan walaupun amaun pungutan zakat mungkin terjejas.

Item Type: Book Section
Additional Information: Jointly organised by Universiti Utara Malaysia and Universitas Islam Riau Indonesia
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 14 Mar 2011 01:43
Last Modified: 14 Mar 2011 01:43
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/2770

Actions (login required)

View Item View Item