mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Peranan ruang 'sacred' dan 'profane' dalam mengawal pergerakan pelancong, kajian kes : Jalan Harmoni, Bandar Lama, Melaka

lbrahim, Johan Afendi and Ahmad, Mohamad Zaki and Mat Zin, Mohd Roswodi and Nordin, Kamalludin and Wan Mohamad, Nik Rozilaini (2010) Peranan ruang 'sacred' dan 'profane' dalam mengawal pergerakan pelancong, kajian kes : Jalan Harmoni, Bandar Lama, Melaka. In: Persidangan Kebangsaan Geografi & Alam Sekitar kali ke-3, 8-10 Februari 2010, Tanjong Malim, Perak. (Unpublished)

[thumbnail of Johan_Efendi_Ibrahim,_Mohamad_Zaki_Ahmad,_Mohd_Roswodi_Mat_Zin,_Kamalludin_Nordin_&_Nik_Rozilaini_Wan_Mohamad.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (235kB)

Abstract

Pelancongan Warisan (Heritage Tourism) merupakan salah satu konsep pelancongan yang semakin mendapat sambutan di seluruh dunia. Ini dapat dilihat dengan peningkatan kedatangan pelancong di setiap destinasi pelancongan warisan yang terpilih seperti di Rapa Nui (Easter Island, Chile) seramai 3,564 orang (1986) kepada 10,161 orang (1995) dan Cracow (Poland) seramai 2,600 orang (1987) kepada 3,700 orang pada (1996).Tujuannya bagi meningkatkan pencapaian terhadap pemuliharaan dan persembahan terhadap sejarah bandar tanpa mengabaikan sosioekonomi dan aspirasi penduduk bandar.Bandar-bandar bersejarah (historic cities) pada amnya melalui beberapa peringkat perkembangan meliputi pengekalan (preservation), pemuliharaan (conservation), persembahan (presentation) dan mengkomoditikan(commoditification). Oleh yang demikian,kebanyakan bandar-bandar bersejarah dipersembahkan kepada pelancong sebagai bahan warisan. Sesuatu bandar tersebut akan mencapai tahap dikomoditikan secara tidak langsung jika sambutan dan kedatangan pelancong adalah menggalakkan dan dapat menghasilkan pendapatan lumayan kepada penduduk bandar. Perkembangan konsep pelancongan ini telah menjadi satu komponen penting di dalam pelancongan bandar (urban tourism). Pada asasnya, pelancongan warisan mempromosikan pemuliharaan bangunan bersejarah dan monumen untuk tatapan pelancong. Secara tidak langsung, pelancongan telah meningkatkan pendapatan dan memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar.Pelancong mengunjungi ke tempat-tempat bersejarah kerana tertarik kepada peninggalan barangan purba dan pencapaian teknologi tamadun yang lepas, menikmati dan menghargai keindahan kesenian dan senibina serta tertarik kepada bangunan dan tempat yang mempunyai maksud sejarah berbanding keindahan visual. Walau bagaimanapun, kemasukan pelancong dalam bilangan yang besar mampu menjanakan impak negatif terhadap destinasi bersejarah seperti vandalism, monumen dan fabrik menjadi lusuh serta konflik penggunaan laluan antara kenderaan dan pejalan kaki. Disamping itu menyumbangkan kepada keadaan tidak tenang(privacy) terhadap penduduk dalam menjalani kehidupan seharian.Kertas kerja ini akan membincangkan kajian yang telah dilakukan di Jalan Harmoni, Melaka mengenai peranan ruang 'sacred and profane' dalam mengawal pergerakan pelancong terutamanya di rumah-rumah ibadat. Kandungan kertas kerja ini meliputi pengertian pelancongan bersejarah, maksud 'sacred and profane' dan kepentingannya dalam mewujudkan keadaan harmoni kepada pelancong dan penganut agama-agama yang melakukan ibadat di kawasan tersebut.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Anjuran Jabatan Geografi & Alam Sekitar, Fakulti Sains Kemanusiaan,Universiti Pendidikan Sultan Idris
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation Leisure
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 13 Mar 2011 08:36
Last Modified: 09 May 2011 03:27
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/2772

Actions (login required)

View Item View Item