mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Penahanan Kapal Equanimity: Tercabarkah undang-undang admiralti Malaysia?

Abdul Rahim, Asmar and Azrae, Ahmad Nasyran (2020) Penahanan Kapal Equanimity: Tercabarkah undang-undang admiralti Malaysia? In: The International Seminar on Regional Politics, Administration and Development 2020 (INSORPAD2020), 14-15 October 2020, STISIPOL Raja Haji, Riau, INDONESIA.

[thumbnail of INSORPAD 2020 579 589.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (202kB) | Request a copy

Abstract

Penahanan kapal mewah Equanimity milik Jho Low oleh pihak berkuasa Indonesia di perairan Bali pada tahun 2018 telah menarik perhatian dunia. Penahanan kapal ini bertujuan untuk menyelesaikan siasatan kes pelaburan di Amerika Syarikat melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Rentetan penahanan kapal ini, kemampuan undang-undang admiralti Malaysia dan bidangkuasa Mahkamah Admiralti Malaysia telah diuji. Dengan menggunakan pendekatan secara diskriptif dan kajian perpustakaan, fokus utama artikel ini ialah menganalisa peruntukan prosedur undang-undang penahanan kapal dan bidang kuasa Mahkamah Admiralti di Malaysia. Analisa kronologi penahanan Equaminity, Aturan 70 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan Seksyen 24(b) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 (Akta 91) disentuh dalam perbincangan ini. Hasil perbincangan ini mendapati penahanan kapal Equaminity adalah sah dan bidang kuasa Mahkamah Admiralti dan Aturan 70 Kedah-Kaedah Mahkamah 2012 Malaysia adalah mencukupi. Malah penahanan kapal Equanimity juga secara tidak langsung telah memartabatkan keupayaan undang-undang admiralti dan Mahkamah Admiralti di Malaysia di mata dunia.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: eISBN 978-967-16057-8-3 Jointly organized by: Stisipol Raja Haji, Tanjungpinang, Indonesia School of Government, Universiti Utara Malaysia
Subjects: K Law > KZ Law of Nations
Divisions: School of Government
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 07 Jan 2021 01:58
Last Modified: 07 Jan 2021 01:58
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/27890

Actions (login required)

View Item View Item