mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Kemiskinan dan kesejahteraan penduduk di luar bandar

Che Mat, Siti Hadijah (2020) Kemiskinan dan kesejahteraan penduduk di luar bandar. UUM Press, Sintok. ISBN 978-967-2363-42-2

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Penulisan buku ini berdasarkan dapatan sebenar penemuan kajian yang dilakukan oleh penulis. Penulis terlibat secara langsung bertemu petani, nelayan mahupun ibu tunggal yang kebanyakannya berada di luar bandar untuk mendapatkan jawapan yang bertepatan berkaitan isu kemiskinan. Hal ini penting kerana hanya mereka yang berada dalam keadaan sedemikian sahaja yang mampu menceritakan dan mendefinisikan erti kemiskinan. Kita mungkin berbangga apabila membaca laporan yang tersedia tentang angka kadar kemiskinan yang menunjukkan penurunan setiap tahun, yang secara langsung menggambarkan kecemerlangan dan pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan.Namun, hakikatnya sama ada kemakmuran, pembangunan dan pertumbuhan ekonomi yang heboh diperkatakan itu dapat sama-sama dirasai oleh mereka yang miskin ini masih belum pasti. Pertemuan secara bersemuka dengan individu atau keluarga yang miskin menjadikan buku ini mampu menggambarkan satu realiti kesusahan kehidupan dalam kalangan petani, nelayan dan ibu tunggal dalam meneruskan kelangsungan hidup mereka.Buku ini diharapkan mampu menjadi bahan rujukan kepada pelajar, penyelidik dan juga mereka yang berkepentingan di dalam negara ini untuk sama-sama berganding bahu agar dapat mengetengahkan isu kemiskinan ini bagi menjamin kemakmuran dan pembangunan negara dapat dikecapi secara bersama.

Item Type: Book
Subjects: H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
Divisions: UUM Press
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 13 Dec 2020 06:15
Last Modified: 13 Dec 2020 06:15
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/27964

Actions (login required)

View Item View Item