mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Tahap kepuasan masyarakat terhadap perumahan kos rendah kerajaan dalam Program Perumahan Rakyat (PPR) di Taman PPR Naga Sari, Jitra, Kedah

Safar, Mohd Rizal and Pon, Yusuf and Md Nadzri, Nurul Nazihah (2020) Tahap kepuasan masyarakat terhadap perumahan kos rendah kerajaan dalam Program Perumahan Rakyat (PPR) di Taman PPR Naga Sari, Jitra, Kedah. In: The International Seminar on Regional Politics, Administration and Development 2020 (INSORPAD2020), 14-15 October 2020, STISIPOL Raja Haji, Riau, INDONESIA.

[thumbnail of INSORPAD 2020 634 645.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (176kB) | Request a copy

Abstract

Rumah merupakan asset yang penting bagi setiap manusia. Rumah sama ada kos rendah, sederhana atau tinggi sentiasa mendapat permintaan dikalangan rakyat pada masa kini. Namum begitu, permintaan dan penawaran bagi perumahan kos rendah didapati semakin meningkat dari masa ke semasa disebabkan faktor ekonomi dan peningkatan kos sara hidup kini. Disebabkan permintaan yang tinggi terutamanya dikalangan rakyat yang berpendapatan rendah atau golongan B40 maka kerajaan telah melaksanakan inisiatif dengan melancarkan Program Perumahan Kos Rendah iaitu Program Perumahan Rakyat (PPR) untuk membantu golongan ini untuk memiliki rumah. Sebanyak RM724 juta diperuntukkan bagi pembiayaan Program Perumahan Kos Rendah (PPKR) dalam Rancangan Malaysia Ke-Tujuh (RMK7). Jumlah peruntukkan meningkat kepada RM4,5932.2 juta dalam Rancangan Malaysia Kelapan (RMK8) dan sebanyak RM 2,256.5 juta dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9). Walaupun begitu, pembangunan perumahan kos rendah PPR ini telah wujud beberapa isu dan persepsi penghuni berkenaan aspek fizikal perumahan PPR dan kemudahan yang disediakan kurang memuaskan. Justeru itu, kertas kerja ini akan mengupas tentang permasalahan yang membelenggu rakyat yang berkaitan dengan perumahan kos rendah ini dengan memberi fokus di Taman PPR Naga Sari Jitra, Kedah.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: eISBN 978-967-16057-8-3 Jointly organized by: Stisipol Raja Haji, Tanjungpinang, Indonesia School of Government, Universiti Utara Malaysia
Uncontrolled Keywords: Rumah, Perumahan Kos Rendah, Program Perumahan Rakyat (PPR)
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions: School of Government
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 07 Jan 2021 02:03
Last Modified: 07 Jan 2021 02:03
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/28054

Actions (login required)

View Item View Item