UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Pembinaan prototaip perisian model konstruktivisme Needham - Kecerdasan pelbagai untuk mengatasi kerangka alternatif pelajar dalam konsep perubahan keadaan jirim


Lim, Chen Hoe and Arshad, Mohammad Yusof (2004) Pembinaan prototaip perisian model konstruktivisme Needham - Kecerdasan pelbagai untuk mengatasi kerangka alternatif pelajar dalam konsep perubahan keadaan jirim. In: ASEAN Symposium on Educational Management and Leadership (ASEMAL4), 13 - 15 Disember 2004, Grand Plaza Parkroyal, Penang. (Unpublished)

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (104kB)

Abstract

Kerangka alternatif merupakan perkara yang menghambat proses pengajaran dan pembelajaran. Ia sukar diubah dengan menggunakan kaedah dan strategi pengajaran biasa. Oleh itu, Needham telah memperkenalkan Model Konstruktivisme 5 Fasa untuk membantu para pendidik menstrukturkan semula idea sedia ada pelajar. Strategi pengajaran dan pembelajaran berfasa ini membolehkan pelajar terlibat secara aktif dalam membina pengetahuan sendiri dengan cara membandingkan maklumat baru dengan pemahaman yang sedia ada. Di samping itu, Howard Gardner menyatakan bahawa setiap pelajar mempunyai kemampuan yang lebih besar dalam proses pembelajaran jika pembelajaran baru adalah berdasarkan kecerdasan mereka. Dengan itu, kajian yang dilakukan ialah untuk membina satu prototaip Model Konstruktivisme Needham-Kecerdasan Pelbagai (KN-KP) yang bertujuan untuk mengatasi kerangka alternatif yang wujud di kalangan pelajar di samping mengoptimumkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira persekitaran pembelajaran yang berdasarkan kepada Teori Kecerdasan Pelbagai. Sebagai contoh, konsep perubahan fasa jirim telah dipilih. Dalam kajian ini sembilan modul telah dibina. Modul pertama untuk menentukan jenis kecerdasan pelajar diikuti dengan lapan modul pembelajaran lagi yang bersesuaian dengan pelajar dari jenis kecerdasan bahasa dan verbal, logik-matematik, ruang dan visual, naturalis, muzik, kinestetik, interpersonal, dan intrapersonal. Namun dalam kertas kerja ini aspek pembinaan prototaip akan dibincangkan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Organized by Faculty of Cognitive Sciences and Education of Universiti Utara Malaysia
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 18 May 2011 07:16
Last Modified: 18 May 2011 07:16
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/2814

Actions (login required)

View Item View Item