UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pengajaran kendiri (MPK) respirasi biologi tingkatan empat KBSM merentas tempoh mengajar


Ambrose, Marie Stella and Noordin, Hj. Shaharom (2004) Pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pengajaran kendiri (MPK) respirasi biologi tingkatan empat KBSM merentas tempoh mengajar. In: ASEAN Symposium on Educational Management and Leadership (ASEMAL4), 13 - 15 Disember 2004, Grand Plaza Parkroyal, Penang. (Unpublished)

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (211kB)

Abstract

Penggunaan bahan pengajaran yang bermutu tinggi adalah perlu bagi menjamin tahap penguasaan pelajar terhadap sesuatu tajuk pelajaran dan sekali gus meningkatkan keberkesanan proses P&P tersebut. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membina dan menilai status kesesuaian tiga MPK Respirasi (MPK 1: Proses respirasi, MPK 2: Struktur respirasi dan mekanisme pernafasan, MPK 3: Proses pertukaran dan pengangkutan gas pada permukaan respirasi) merentas tempoh mengajar berdasarkan Model Teras-Cabang Shaharom (1994) dan berpandukan Huraian Sukatan Pelajaran Biologi KBSM Tingkatan Empat, 2001. Penilaian Formatif iaitu PFSS dan PFKK telah dijalankan merentas pemboleh ubah bebas iaitu tempoh mengajar bagi mengkaji status kesesuaian MPK Respirasi yang dibina. Seramai empat orang guru Biologi terlibat dalam PFSS dan lapan orang guru Biologi terlibat dalam PFKK. Satu set Soal Selidik Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK) (Guru) yang dibina oleh Shaharom (1994) telah digunakan sebagai alat kajian dalam penyelidikan ini. Data yang dikumpulkan dianalisis secara statistik deskriptif dalam bentuk min, sisihan min, maksimum dan minimum. Hasil kajian daripada PFSS dan PFKK terhadap kesesuaian MPK Respirasi merentas tempoh mengajar menunjukkan bahawa terdapat perbezaan status kesesuaian dalam PFSS iaitu 99.00-status amat sesuai (≥ 10 tahun) dan 95.83-status sesuai (< 10 tahun) manakala tiada perbezaan status kesesuaian dalam PFKK iaitu 109.25 (≥ 10 tahun) dan 97.00 (< 10 tahun) masing-masing status amat sesuai. Secara keseluruhannya, MPK Respirasi yang telah dibina diharapkan bermanfaat kepada pihak pelajar, guru, institusi pendidikan dan juga penggubal kurikulum.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Organized by Faculty of Cognitive Sciences and Education of Universiti Utara Malaysia
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
L Education > LB Theory and practice of education > LB2361 Curriculum
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 18 May 2011 07:24
Last Modified: 18 May 2011 07:24
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/2816

Actions (login required)

View Item View Item