Che Mat, Siti Hadijah and Sathiman, Salmah and Hamid, Fatimah (2020) Pendapatan bukan padi bantu pesawah keluar daripada kemiskinan lebih cepat. Journal of Economics and Sustainability, 2 (2). pp. 14-26. ISSN 2637-1294
PDF
Restricted to Registered users only Download (553kB) | Request a copy |
Abstract
Petani dan pertanian sering dikaitkan dengan kemiskinan. Petani padi antara mereka yang mempunyai pendapatan yang rendah. Justeru, kerajaan mencadangkan agar mereka terlibat dalam aktiviti ekonomi tambahan yang dapat memberikan pulangan yang tinggi. Sehubungan itu, objektif artikel ini adalah untuk mengetahui struktur pendapatan pesawah dan aktiviti ekonomi yang berjaya meningkatkan pendapatan pesawah serta tempoh masa yang dapat disingkatkan sekiranya pesawah mempunyai pendapatan lain selain daripada pendapatan padi. Sampel kajian ialah pesawah di IADA KETARA. Soal selidik telah diedarkan kepada 353 orang pesawah. Kajian mendapati majoriti pesawah (83.3%) berada dalam kategori B40. Hanya 16.4% dalam kategori M40 serta hanya seorang dalam kategori T20. Seramai 64.6% pesawah terlibat dalam aktiviti ekonomi lain selain padi bagi meningkatkan pendapatan. Keputusan kajian juga mendapati pesawah yang terlibat dalam pelbagai aktiviti ekonomi tambahan yang lain lebih cepat untuk keluar daripada kepompong kemiskinan berbanding dengan mereka yang tidak mempunyai pendapatan daripada sumber aktiviti tambahan yang lain. Sebagai contoh, jika pertumbuhan pendapatan pesawah adalah sebanyak 5%, purata masa yang diambil untuk keluar daripada kepompong kemiskinan bagi mereka yang miskin adalah selama 14.10 tahun sekiranya mereka memiliki pendapatan daripada sumber padi sahaja manakala masa yang diperlukan adalah lebih pendek iaitu 7.82 tahun bagi mereka yang mempunyai sumber pendapatan padi dan bukan padi. Bagi pesawah yang mempunyai pendapatan padi dan pendapatan bukan padi, mereka dijangka dapat menjimatkan masa untuk bebas daripada kemiskinan selama 6.28 tahun (14.10 tahun tolak 7.82 tahun) berbanding dengan mereka yang tidak mempunyai pendapatan daripada sumber bukan padi. Peningkatan produktiviti melalui pengembelingan tenaga muda dan penggunaan teknologi serta penglibatan aktif pihak kerajaan dan swasta adalah perlu bagi meningkatkan pendapatan dankesejahteraan petani padi.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Kemiskinan; pendapatan bukan padi. |
Subjects: | H Social Sciences > HC Economic History and Conditions |
Divisions: | School of Economics, Finance & Banking |
Depositing User: | Mrs. Norazmilah Yaakub |
Date Deposited: | 10 Feb 2021 08:20 |
Last Modified: | 10 Feb 2021 08:20 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/28179 |
Actions (login required)
View Item |