mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pembangunan dan penilaian pukal latihan literasi komputer guru sekolah

Said, Che Soh and Hanif, Abd Samad (2004) Pembangunan dan penilaian pukal latihan literasi komputer guru sekolah. In: ASEAN Symposium on Educational Management and Leadership (ASEMAL4), 13 - 15 Disember 2004, Grand Plaza Parkroyal, Penang. (Unpublished)

[thumbnail of paper2che_soh.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (562kB)

Abstract

Integrasi komputer dalam pengajaran pembelajaran telah menjadi agenda penting bagi Kementerian Pelajaran Malaysia ( Pembangunan Pendidikan 2001-2010). Bagi mencapai hasrat ini, cabaran utama yang perlu diatasi ialah meningkatkan tahap penguasaan literasi komputer di kalangan guru-guru. Dalam tempoh 1996-2000, hanya 30% daripada guru-guru yang telah dilatih dalam penggunaan komputer dan teknologi komunikasi. Kuantiti guru yang mengikuti latihan ini masih lagi rendah berbanding dengan bilangan guru yang perlu dilatih. Kewujudan teknologi multimedia dan peningkatan kuasa pemproses mikro telah menjadikan komputer sebagai medium alternatif dalam proses latihan literasi komputer dikalangan guru. Penggunaan multimedia objek dalam penyampaian bahan pengajaran akan dapat meningkatkan tahap kefahaman dan penguasaan dikalangan pelajar (Mayer,2001). Oleh demikian, melalui projek ini satu pukal literasi komputer guru sekolah telah dibangunkan. Pukal literasi komputer dibangunkan dengan elemen multimedia termasuklah teks, grafik, audio, video dan animasi digunakan untuk mempersembahkan bahan latihan secara audio visual dan bersifat interaktif. Pukal yang dibangunkan ini mengkhusus kepada guru-guru di sekolah rendah dan menengah yang mempunyai tahap literasi komputer yang sederhana. Penilaian pukal literasi komputer ini telah dijalankan di kalangan guru-guru sekolah.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Organized by Faculty of Cognitive Sciences and Education of Universiti Utara Malaysia
Uncontrolled Keywords: literasi komputer, latihan dibantu komputer, multimedia interaktif, video berasaskan skrin komputer, guru sekolah
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 18 May 2011 08:04
Last Modified: 18 May 2011 08:04
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/2820

Actions (login required)

View Item View Item