mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Whitsleblowing: Isu dan kepentingannya kepada organisasi

Dollah, Noor Faizah and Mohd. Zain, Zawiyah and Wallang, Muslimin (2005) Whitsleblowing: Isu dan kepentingannya kepada organisasi. In: Persidangan Kebangsaan ke-2 PPSPP (PK-2 PPSPP), 5-6 September 2005, UKM Bangi. (Unpublished)

[thumbnail of WHITSLEBLOWING_-_ISU_DAN_KEPENTINGANNYA_KEPADA_ORGANISASI.pdf] PDF
Restricted to Repository staff only

Download (6MB)

Abstract

Kakitangan awam adalah golongan yang menawarkan perkhidmatan kepada orang awam dan akan menunjukkan gambaran sebenar imej sesebuah kerajaan. Untuk memastikan kecekapan dan keberkesanan dalam menawarkan perkhidmatan, kakitangan awam mesti berpegang teguh kepada peraturan dan undang-undang yang telah dikeluarkan oleh kerajaan. Walaupun kerajaan telah banyak mewujudkan dan melaksanakan dasar-dasar tertentu dan cuba untuk menanam nilai-nilai murni di kalangan pegawai awam seperti "Bersih, Cekap, Amanah", "Kepimpinan Melalui Teladan", dan "Tonggak 12", namun laporan mengenai perbuatan tidak beretika dan tindakan yang bersalahan atau bertentangan dengan peraturan dan undang-undang masih lagi berleluasa. Dalam masyarakat demokrasi, kepercayaan terhadap kerajaan dan perkhidmatan awam yang diberikan kepada orang awam menjadi satu komponen penting dalam sistem sosio-politik negara. Kepercayaan terhadap kakitangan awam juga menjadi semakin penting disebabkan golongan ini memainkan peranan utama dalam memberikan perkhidmatan dan memenuhi kehendak awam. Kepercayaan ini menyebabkan mereka perlu memiliki sifat yang baik dan reputasi yang bagus dalam menyediakan perkhidmatan dan bantuan yang terbaik kepada orang awam sehingga mencapai tahap kecekapan, keadilan, kejujuran dan sebagainya dalam perkhidmatan awam. Berdasarkan laporan media terdapat kes penyelewengan dan salahguna kuasa yang berlaku melibatkan kakitangan awam seperti pegawai polis, pegawai kastam, pegawai penguatkuasaan dan sebagainya. Mereka ini sentiasa behadapan atau berhubungan secara langsung dengan orang awam dan keadaan ini menyebabkan tingkah laku mereka sentiasa diperhatikan. Kertas kertas kerja akan melihat kepada konsep whitsleblowing secara umum dan seterusnya melihat kepada faktor-faktor yang tidak menggalakkan whitsleblowing dalam sesebuah organisasi. Kertas kerja ini juga akan melihat kepada kepentingan dan kesan yang diperorehi oleh whitsleblower serta cadangan untuk menggalakkan lagi amalan whitsleblowing di dalam sesebuah organisasi ke arah mencapai kecemerlangan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: whitsleblowing, civil servants
Subjects: J Political Science > JA Political science (General)
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Mrs. Juwita Johari
Date Deposited: 26 Jul 2010 09:41
Last Modified: 27 Jul 2010 00:50
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/283

Actions (login required)

View Item View Item