UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Perkongsian pengetahuan di kalangan pensyarah kolej matrikulasi


Ahmad, Mohamad Salleh and Shaari, Abdull Sukor (2004) Perkongsian pengetahuan di kalangan pensyarah kolej matrikulasi. In: ASEAN Symposium on Educational Management and Leadership (ASEMAL4), 13 - 15 Disember 2004, Grand Plaza Parkroyal, Penang. (Unpublished)

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (156kB)

Abstract

Pengurusan pengetahuan telah muncul sebagai salah satu komponen terpenting dalam mewujudkan kelebihan persaingan kepada organisasi. Pengurusan pengetahuan melibatkan proses pengambilan, perkongsian dan penggunaan pengetahuan. Kajian terdahulu mendapati fasa perkongsian pengetahuan merupakan fasa yang kritikal dalam pengurusan pengetahuan. Kajian-kajian lepas banyak tertumpu dalam organisasi perniagaan dan kajian melibatkan institusi pendidikan merupakan suatu bidang yang baru. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh dan hubungan beberapa faktor terhadap perkongsian pengetahuan di kalangan pensyarah-pensyarah kolej matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia. Pemboleh ubah bebas kajian ialah faktor-faktor sosial. Pemboleh ubah bersandar pula ialah perkongsian pengetahuan. Sampel kajian terdiri daripada 297 pensyarah di sembilan buah kolej matrikulasi. Kerangka teoritikal kajian ini adalah didasarkan kepada model yang dihasilkan oleh Nonaka & Takeuchi (1995). Kaedah yang digunakan untuk mengumpulkan data ialah soal selidik berdasarkan kepada item-item yang digunakan oleh Carlin & Womack (1999). Data-data dianalisis menggunakan ujian korelasi dan regresi berganda. Kajian mendapati faktor budaya mempunyai pengaruh yang paling kuat terhadap perkongsian pengetahuan dan semua faktor sosial kajian didapati mempunyai hubungan positif dan signifikan dengan kecenderungan untuk berkongsi pengetahuan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Organized by Faculty of Cognitive Sciences and Education of Universiti Utara Malaysia
Subjects: L Education > LC Special aspects of education
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Prof. Madya Dr. Abdull Sukor Shaari
Date Deposited: 18 May 2011 10:04
Last Modified: 18 May 2011 10:04
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/2870

Actions (login required)

View Item View Item