mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Persepsi dan jangkaan pelajar terhadap kualiti perkhidmatan pusat sumber matrikulasi

Veloo, Arsaythamby and Ishak, Aziz (2004) Persepsi dan jangkaan pelajar terhadap kualiti perkhidmatan pusat sumber matrikulasi. In: ASEAN Symposium on Educational Management and Leadership (ASEMAL4), 13 - 15 Disember 2004, Grand Plaza Parkroyal, Penang. (Unpublished)

[thumbnail of paper12aziz&arsay.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (138kB)

Abstract

Pusat sumber telah mengalami banyak perubahan dalam beberapa dekad ini. Perubahan-perubahan ini dapat dilihat melalui perkembangan perkhidmatan dan peningkatan kualiti pusat sumber. Perkembangan perkhidmatan dan peningkatan kualiti adalah antara isu utama yang dititikberatkan oleh pengurusan pusat sumber pada masa kini (Boelke, 1995). Pengurusan pusat sumber cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelajar dari semasa ke semasa (Nik Salimah Nik Abdullah, 2001). Usaha untuk meningkatkan keberkesanan pusat sumber bukanlah satu perkara yang mudah kerana ia amat bergantung kepada faktor perkhidmatan pusat sumber itu sendiri (Shaharom TM Sulaiman & Wan Ab. Kadir Wan Dollah, 1996). Bagi menyediakan perkhidmatan berkualiti, pengurusan dan staf pusat sumber perlulah memahami gelagat pelajar yang menggunakan perkhidmatan mereka (Leonard & Sasser, 1982).Pengurusan pusat sumber menghadapi pelbagai persaingan terutamanya dari segi sumber, kehendak dan kemajuan teknologi maklumat semasa menyediakan perkhidmatan kepada pelajar (Weingand, 1997; Cullen, 2001). Situasi persaingan ini menyebabkan organisasi pusat sumber memerlukan kemahiran pengurusan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan untuk kebaikan dan kemajuan organisasi (Lawes, 1993; Kinell, 1997). Bagi mencapai tujuan ini, pengurusan kualiti menyeluruh (TQM) digunakan sebagai salah satu kaedah dan strategi untuk mewujudkan perkhidmatan yang cemerlang (Waldman, 1994).

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Organized by Faculty of Cognitive Sciences and Education of Universiti Utara Malaysia
Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Z719 Libraries (General)
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Prof. Dr. Arsaythamby Veloo
Date Deposited: 18 May 2011 10:16
Last Modified: 18 May 2011 10:16
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/2877

Actions (login required)

View Item View Item