mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Konflik antara Guru Penolong Kanan dengan Guru Besar

Nordin Yunus, Jamal (2004) Konflik antara Guru Penolong Kanan dengan Guru Besar. In: ASEAN Symposium on Educational Management and Leadership (ASEMAL4), 13 - 15 Disember 2004, Grand Plaza Parkroyal, Penang. (Unpublished)

[thumbnail of paper7jamal.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (138kB)

Abstract

Kertas kerja ini melaporkan keputusan kajian tentang konflik pengurusan sekolah di antara guru penolong kanan (GPK) dengan guru besar. Kerja-kerja yang melimpah dan berterusan khususnya dari pihak guru besar menyebabkan penyusunan kerja-kerja pentadbiran dan pengurusan sekolah memerlukan kesabaran dan kesungguhan yang tinggi. Namun sebagai manusia biasa, konflik kerja di antara GPK dengan guru besar tidak dapat dielakan walaupun kadang kala fungsi dan peranan kedua-duanya adalah sama. Oleh itu kertas kerja ini melihat sejauhmanakah tugas-tugas utama di sekolah mendatangkan konflik di antara GPK dengan guru besarnya? Alat kajian ini dibentuk dan disesuaikan berdasarkan tinjauan literatur. Seramai 36 GPK yang sedang mengikuti program pensiswazahan guru besar dipilih sebagai sampel kajian ini. Terdapat enam tugas utama yang menjadi `core business’ dalam memimpin sekolahnya. Tugas utamanya itu ialah program pendidikan dan prestasi akademik, pengurusan pejabat, fizikal dan keceriaan sekolah, perhubungan staf, pengurusan kurikulum serta pengurusan kewangan sekolah. Hasil kajian mendapati terdapat beberapa tugas utama pengurusan sekolah antara GPK dengan guru besar mengalami konflik agak tinggi iaitu pengurusan pejabat, fizikal dan keceriaan sekolah, perhubungan staf, pengurusan kurikulum serta pengurusan kewangan sekolah. Sehubungan dengan itu, dicadangkan beberapa pendekatan atau usaha ke arah mengurangkan konflik tuga antara GPK dengan guru besar. Antaranya diadakan sesi perbincangan dua hala setiap pagi, penjelasan dan kefahaman tentang tugas yang rutin atau pentadbiran serta saling bantu membantu anatara satu sama yang lain.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Organized by Faculty of Cognitive Sciences and Education of Universiti Utara Malaysia
Uncontrolled Keywords: Conflict, Changes and Creativity in Educational Management
Subjects: L Education > LC Special aspects of education
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 19 May 2011 01:29
Last Modified: 19 May 2011 01:29
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/2885

Actions (login required)

View Item View Item