mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Kajian kepimpinan pengajaran dalam organisasi pembelajaran

Chan, Yuen Fook (2004) Kajian kepimpinan pengajaran dalam organisasi pembelajaran. In: ASEAN Symposium on Educational Management and Leadership (ASEMAL4), 13 - 15 Disember 2004, Grand Plaza Parkroyal, Penang. (Unpublished)

[thumbnail of paper1chan_yuen_fook.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (94kB)

Abstract

Kepimpinan sering disifatkan sebagai cara pengetua ataupun guru besar menggunakan peranan diri untuk mencipta iklim sekolah yang dicirikan oleh produktiviti pelajar, produktiviti guru serta pemikiran kreatif di sekolah. Manakala, pengurusan pula sering disifatkan sebagai applikasi kemahiran yang sistematik untuk menghasilkan satu persekitaran sekolah yang sistematik, cekap dan berkesan. Kepimpinan pengajaran pula sering dianggap sebagai enjin kepada pembentukan organisasi pembelajaran. Berdasarkan rasional tersebut, kertas kerja ini berusaha untuk mengkaji kepimpinan pengajaran di organisasi pembelajaran dalam konteks pendidikan di Malaysia. Sebuah sekolah yang cemerlang dari segi pencapaian akademik dan pengurusan sekolah di Negeri Sembilan telah dipilih secara purposif sebagai sekolah kajian. Kaedah penyelidikan deskriptif yang berbentuk kajian kes dijalankan di sekolah kajian. Teknik pemerhatian dan temubual secara tidak berstruktur digunakan untuk mengutip data yang berkaitan. Data yang diperoleh dianalisis secara kualitatif untuk mengenalpasti tema yang tertimbul. Keputusan kajian mengesahkan bahawa kepimpinan pengajaran memainkan peranan yang penting dalam pembentukan organisasi pembelajaran yang membawa kepada mercu kejayaan akademik di sekolah kajian. Namun, guru-guru bersetuju bahawa teknik dan cara pendidikan yang digunakan di situ boleh diaplikasikan dalam asuhan anak-anak mereka sendiri di rumah. Murid-murid juga bersetuju bahawa mereka telah belajar cara yang sesuai untuk belajar. Bukan itu sahaja, idea-idea baru sentiasa dijana hasil daripada kepimpinan pengajaran yang dipraktikkan oleh pihak pengurusan di sekolah tersebut. Hasil kajian mencadangkan kepimpinan pengajaran di sekolah kajian sesuai dipraktikkan di sekolah-sekolah lain di Malaysia.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Organized by Faculty of Cognitive Sciences and Education of Universiti Utara Malaysia
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 19 May 2011 04:26
Last Modified: 19 May 2011 04:26
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/2889

Actions (login required)

View Item View Item