mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Analisis penggunaan wang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) di kalangan pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Ismail, Normala and Zainal, Noor Saliza (2004) Analisis penggunaan wang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) di kalangan pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM). In: ASEAN Symposium on Educational Management and Leadership (ASEMAL4), 13 - 15 Disember 2004, Grand Plaza Parkroyal, Penang. (Unpublished)

[thumbnail of paper1normala.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (101kB)

Abstract

Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti secara empirik corak penggunaan wang PTPTN di kalangan pelajar UiTM. Kajian ini turut meneliti sejauh mana kesedaran mereka terhadap penggunaan wang PTPTN berdasarkan kepada program pengajian, Himpunan Purata Nilai Gred (HPNG), bahagian pengajian kini, kampus cawangan UiTM dan pendapatan bulanan keluarga. Sampel kajian terdiri daripada 341 orang pelajar peringkat Diploma semester dua hingga enam pelbagai fakulti daripada tiga kampus cawangan UiTM meliputi cawangan Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Kajian ini adalah merupakan satu kajian lapangan berdasarkan kepada kajian rentas. Data dikutip dengan mengedarkan soal selidik setelah memperolehi kebenaran daripada pengurusan universiti. Unit analisis pula terdiri daripada pelajar yang respons kepada penyelidikan. Data dianalisis dan diproses menggunakan kaedah Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 11.0. Kajian ini turut mengkategorikan penggunaan wang PTPTN pelajar kepada dua kumpulan iaitu pelajar merancang dan pelajar tidak merancang. Wang PTPTN dibelanjakan oleh pelajar untuk keperluan akademik wajib, keperluan akademik tidak wajib dan perbelanjaan persendirian. Hasil analisis regresi berganda mendapati bahawa perbelanjaan persendirian merupakan faktor paling dominan mempengaruhi jumlah keseluruhan penggunaan wang PTPTN oleh pelajar yang merancang dan pelajar yang tidak merancang. Seterusnya, hasil analisis varians menunjukkan jumlah keseluruhan perbelanjaan wang PTPTN bagi kedua – dua kategori berbeza atas tiga faktor yang sama iaitu kampus cawangan UiTM, bahagian pengajian kini dan program pengajian. Keputusan ujian Post Hoc pula mendapati program pengajian Diploma Kejuruteraan, UiTM cawangan Pulau Pinang dan pelajar – pelajar bahagian enam mempunyai perbezaan paling ketara dalam perbelanjaan berbanding dengan yang lain. Kajian ini mencadangkan supaya kajian masa hadapan diteruskan dengan meluaskan skop kajian kepada semua bentuk pinjaman dan meliputi pelajar – pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang lain.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Organized by Faculty of Cognitive Sciences and Education of Universiti Utara Malaysia
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 19 May 2011 05:34
Last Modified: 19 May 2011 05:34
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/2897

Actions (login required)

View Item View Item