Abdul Ghani, Rohani (2004) Hubungan Malaysia dengan Vietnam Selatan 1957-1970: Satu kajian awal. Penerbit Universiti Utara Malaysia, Sintok, pp. 62-80. ISBN 983287045X
Full text not available from this repository.Abstract
Malaysia dan Vietnam Selatan telah mula menjalinkan hubungan diplomatik apabila kedua buah negara menandatangani perjanjian persahabatan di Kuala Lumpur pada 19 Februari 1960. Hubungan antara kedua buah negara ini lebih merupakan satu bentuk strategi politik dan keselamatan bagi Malaysia dalam menangani ancaman Parti Komunis Malaysia (PKM). Hubungan ini juga merupakan satu kesinambungan dasar kerajaan British sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan. Dengan kata lain, polisi Malaysia yang menyokong perjuangan Vietnam Selatan dalam menentang komunis dan menyokong kehadiran Amerika Syarikat (AS) di negara itu merupakan penerusan dasar kerajaan British dalam strategi membendung pengaruh komunis dalam Perang Dingin.
Item Type: | Book |
---|---|
Subjects: | J Political Science > JX International law |
Divisions: | College of Arts and Sciences |
Depositing User: | Mrs. Norazmilah Yaakub |
Date Deposited: | 24 May 2011 07:06 |
Last Modified: | 24 May 2011 07:06 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/2988 |
Actions (login required)
View Item |