mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Kelompok sokongan ibubapa bagi kanak-kanak istimewa

Ishak, Salma and Mat Saad, Zarina and Yusof, Yusmarhaini and Yusoff, Rozita (2008) Kelompok sokongan ibubapa bagi kanak-kanak istimewa. In: Pembangunan kanak-kanak teori, isu dan cabaran. Arah Pendidikan, Shah Alam, pp. 285-294. ISBN 9789833718528

[thumbnail of Salma_Ishak,_Zarina_Mat_Saad,Dr.,_Yusmarhaini_Yusof,_Rozita_Yusof.1.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (168kB)

Abstract

Kanak-kanak istimewa memerlukan jagaan yang khusus daripada ibu bapa mereka. Salah satu masalah yang kerap dialami oleh ibu bapa ini ialah kekurangan akses kepada maklumat dan tidak wujudnya sokongan yang boleh meringankan tanggungjawab mereka. Kelompok sokongan merupakan satu saluran bagaimana ibu bapa boleh menjalinkan hubungan dan berinteraksi serta menerima dan memberi sokongan di kalangan mereka yang mempunyai persamaan keperluan dan kepentingan yang khusus. Ibu bapa yang lebih yakin dengan peranan mereka dan menyedari bahawa adanya rakan-rakan yang sedia memberi sokongan, sama ada fizikal, sosial, mahupun emosi, lebih besar kemungkinan dapat memberi jagaan dan bimbingan yang positif kepada anak-anak istimewa mereka. Usaha menubuhkan dan menggerakkkan Kelompok Sokongan Ibu bapa (KSI) boleh timbul daripada pihak organisasi/pusat ataupun ibu bapa sendiri. Apa yang penting ialah kelompok ini mendatangkan faedah kepada organisasi/pusat dan juga ibu bapa. Walau apa pun, manfaatnya sudah pasti dirasai oleh kanak-kanak istimewa itu sendiri. Di antara aktiviti-aktiviti penting yang lazim dijalankan oleh kelompok sokongan termasuklah perkongsian pengalaman, penyebaran maklumat berkaitan jagaan, pendidikan, dan latihan, penubuhan pusat sumber keluarga,menganjurkan ceramah-ceramah mengenai topik-topik yang berkaitan perkembangan dan bimbingan/asuhan anak-anak istimewa, dan perkhidmatan nasihat berhubunga dengan kemudahan-kemudahan serta sumber-sumber yang terdapat di dalam komuniti. Kertas kerja ini akan membincangkan pengalaman daripada penubuhan perlaksanaan satu kelompok sokongan ibu bapa di sebuah pusat harapan bagi kanak-kanak istimewa. Tumpuan diberikan kepada isu-isu yang ditimbulkan oleh ibu bapa di dalam kelompok ini yang seterusnya menjadi landasan kepada penentuan topik-topik perbincangan kelompok.

Item Type: Book Section
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 29 Apr 2011 07:21
Last Modified: 29 Apr 2011 07:21
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/3005

Actions (login required)

View Item View Item