mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pembinaan senarai kata awal membaca: Integrasi pendekatan fonetik dan hafalkata

Elias, Nadiyah and Abdul Ghani, Mariny (2008) Pembinaan senarai kata awal membaca: Integrasi pendekatan fonetik dan hafalkata. In: Pembangunan kanak-kanak teori, isu dan cabaran. Arah Pendidikan, Shah Alam, pp. 215-231. ISBN 9789833718528

[thumbnail of Nadiah_Elias,_Dr._&_Mariny_Abdul_Ghani1.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (208kB)

Abstract

Kajian ini berbentuk "action research" yang bertujuan menghasilkan senarai kata berperingkat dengan menggunakan integrasi dua kriteria iaitu tahap kesukaran fonetik dan sama ada perkataan tersebut difahami oleh kanak-kanak 3-5 tahun. Senarai kata dibentuk daripada dua sumber iaitu melalui hasil perbincangan kumpulan fokus dan juga penapisan perkataan dibentuk daripada sumber iaitu melalui hasil perbincangan kumpulan fokus dan juga penapisan perkataan yang diambil daripada buku-buku awal membaca sedia ada di Malaysia. Senarai kata yang dibina kemudiannya diuji tahap kefahamannya oleh kanak-kanak peringkat pra-sekolah. Senarai kata berperingkat ini akan dicadangkan bagi kegunaan membentuk bahan-bahan pengajaran awal membaca Bahasa Melayu mengikut kaedah fonetik, kaedah hafalkata, dan khususnya kaedah integrasi pendekatan fonetik dan hafalkata. Penulis juga turut mencadangkan cara senarai kata ini boleh dimanfaatkan oleh para ibu bapa, guru tadika, guru pemulihan bacaan sekolah rendah dan penulis buku sistem bacaan awal kanak-kanak.

Item Type: Book Section
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 29 Apr 2011 07:17
Last Modified: 29 Apr 2011 07:17
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/3017

Actions (login required)

View Item View Item