UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Pencapaian Malaysia dan Vietnam Selatan dalam menentang ancaman Komunis, 1948- 1975: Satu perbandingan


Abdul Ghani, Rohani (1994) Pencapaian Malaysia dan Vietnam Selatan dalam menentang ancaman Komunis, 1948- 1975: Satu perbandingan. Jebat : Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 22 (1994). pp. 77-107. ISSN 0126-5644

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (585kB)

Abstract

Sejarah politik Malaysia menunjukkan bahawa keamanan Malaysia pernah digugat oleh ancaman Parti Komunis Malaya (PKM). Tahun-tahun 1948-1960 merupakan tempoh yang paling serius dalam sejarah keselamatan dan keamanan di Malaysia. Tempoh ini dikenali sebagai zaman Darurat. PKM telah melancarkan gerakan bersenjata secara gerila dalam menentang kerajaan British dan kemudiannya kerajaan Malaysia bagi mendapatkan hak pemerintahan sendiri secara militan setelah usaha mereka secara berperlembagaan tidak berjaya. Namun demikian perjuangan PKM telah menemui kegagalan. Darurat kemudiannya telah diisytiharkan tamat pada tahun 1960. Dalam soal ini,beberapa analisa akan cuba dibuat tentang mengapakah pihak British telah berjaya mengalahkan PKM di Malaysia manakala Vietnam Selatan yang dibantu oleh Amerika Syarikat (AS) pula mengalami kekalahan dalam menentang komunis Vietcong di Vietnam Selatan. Dalam menilai persoalan ini, aspek-aspek politik dan kemasyarakatan,strategi dan faktor-faktor yang terdapat pada PKM di Malaysia dan Partai Komunis Indochina (PKI) di Vietnam Selatan perlu diambilkira. Faktor-faktor ini merupakan faktor yang telah menjadi penentu kepada kejayaan dan kegagalan kerajaan British di Malaysia dan kerajaan Vietnam Selatan dalam menentang komunis di negara masing-masing.

Item Type: Article
Subjects: D History General and Old World > DS Asia
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 14 May 2011 07:00
Last Modified: 14 May 2011 07:00
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/3030

Actions (login required)

View Item View Item