mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pengurusan rekod: Satu penilaian ke atas agensi kerajaan di negeri Kedah Darul Aman

Hashim, Kamarul Faizal and Romle, Abd Rahim (2008) Pengurusan rekod: Satu penilaian ke atas agensi kerajaan di negeri Kedah Darul Aman. In: Himpunan artikel terpilih pentadbiran, undang-undang dan pembangunan negara. Pearson, Petaling Jaya, pp. 139-157. ISBN 9789833927661

[thumbnail of Kamarul_Faizal_Hashim_&_Abd._Rahim_Romle01.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (322kB)

Abstract

Era maklurnat telah membawa kepada revolusi dalam bidang teknologi maklurnat dan komunikasi (ICT). Kepelbagaian maklumat yang sentiasa diperlukan untuk bersaing di dalam dunia tanpa sempadan juga telah menjadikan ICT sebagai peralatan pelaksana strategik (strategic enabling tools) (Jaafar, 2004). Persekitaran global yang mengamalkan perniagaan tanpa sempadan telah memaksa perubahan dilakukan. Dunia kini mula memberi perhatian kepada ekonomi berasaskan pengetahuan. Sebagai sebuah negara yang semakin pesat membangun, Malaysia juga tidak mahu ketinggalan dalam merentasi arus perdana ini. Pada tahun 1996, diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Yang Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamad satu projek mega iaitu Lebuhraya Koridor Multimedia (Multimedia Super Corridor, MSC) dilaksanakan. Projek-ini dibangunkan bagi memacu negara agar bersedia dan dapat bersaing di dalam era maklumat (Rusnah, 2001). Walaupun negara dilanda krisis ekonomi pada tahun 2001 perbelanjaan negara untuk pembangunan ICT tidak pernah berkurangan. Berkembang pada kadar 9.2 peratus setiap tahun bermula dari tahun 1995 sehinggalah 2003, perbelanjaan dianggarkan sebanyak RM3.8 bilion pada tahun, 1995 sehinggalah kepada RM5.9 bilion pada tahun 2003 diperuntukkan (Jaafar,2004). Menyedari ICT merupakan teknologi penggerak masa hadapan untuk meningkatkan kecekapan, keberkesanan dan produktiviti, pelbagai inisiatif diambil oleh sektor perkhidmatan awam. Ini bertujuan untuk menggalakkan penggunaan dan pembangunan projek berasaskan ICT.

Item Type: Book Section
Subjects: J Political Science > JQ Political institutions Asia
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 29 Apr 2011 06:59
Last Modified: 29 Apr 2011 06:59
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/3067

Actions (login required)

View Item View Item