mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pelancongan dan pembangunan komuniti

Kayat, Kalsom and Mohd Nor, Nor Ashikin and Mad Idris, Mohmad Amin (2004) Pelancongan dan pembangunan komuniti. In: Pembangunan komuniti dasar, konsep, strategi, dan isu di Malaysia. Penerbit Universiti Utara Malaysia, Sintok, pp. 149-161.

[thumbnail of Kalsom_Kayat,_Nor_Ashikin_Mohd_Nor,_&_Mohmad_Ain_Mad_Idris01.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (190kB)

Abstract

Kertas kerja ini membincangkan ciri-ciri pelancongan yang boleh menjadikannya sebagai satu agen pembangunan, terutama dalam aspek pembangunan keseluruhan sesebuah komuniti. Perbezaan antara pengukur yang digunakan untuk menilai pembangunan pelancongan turut diberi penekanan. Seterusnya, kertas kerja ini memperkenalkan pembangunan pelancongan berasaskan komuniti (community-based tourism) dan bagaimana pembangunan pelancongan yang mengambil pendekatan sedemikian berupaya menghasilkan pembangunan kepada komuniti itu sendiri. Setty (1994) mendefinisikan komuniti sebagai sekumpulan manusia yang bukan sahaja tinggal di satu wilayah yang mempunyai sempadan yang tetap (territorial boundary), tetapi juga yang disatukan oleh persamaan dalam cara hidup dan amalan mereka seperti amalan pemakanan, pemakaian, pekerjaan dan sebagainya. Menurut Robinson (1996) pula, ahli-ahli dalam sesebuah komuniti mungkin berbeza dari segi kumpulan etnik, agama, jantina, tahap pendidikan, peringkat umur dan ekonomi. Perbezaan ini membawa kepada perbezaan minat, kuasa dan kekayaan(Robinson, 1996). Namun begitu, ahli-ahli komuniti saling berinteraksi dan berhubungan dalam aktiviti-aktiviti kehidupan mereka dan ini menimbulkan sentimen komuniti (community sentiment) yang menyatukan mereka. Sentimen ini menghasilkan semangat kekitaan, kemuafakatan serta perasaan tanggungjawab ke atas apa yang berlaku di dalam komuniti di kalangan ahli ahlinya. Dalam kertas kerja ini juga, sebuah komuniti Melayu di negeri Kedah dikenal pasti dan digunakan sebagai contoh, di mana satu produk pelancongan telah berjaya dibangunkan oleh ahli-ahli komuniti itu sendiri. Kedudukan pembangunan pelancongan di dalam komuniti ini sebagai pelancongan yang berasaskan komuniti turut dibincangkan di akhir kertas kerja ini.

Item Type: Book Section
Additional Information: Seminar Kebangsaan Pembangunan Komuniti, 2004, Universiti Utara Malaysia
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation Leisure
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 29 Apr 2011 06:47
Last Modified: 29 Apr 2011 06:47
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/3069

Actions (login required)

View Item View Item